Sampai-sampai je jam baru pukul 12 tapi orang dah lengang. Ada dua tiga orang je lagi. Dorang kata sekarang dah ada procedure baru. Ini untuk mengelakkan orang tunggu sampai pagi. Jadi dia nk bagi semua orang selesa termasuk dengan Ust2 skali boleh balik awal. betul jugak kesian kat dorg.
Masuk-masuk je baru nk sembang dengan Pakcik Sham (sebenarnya sedara la jugak tp dia jd perawat kat Darul Ruqqiyah) nama aku dah kene panggil. Sebenarnya aku orang terakhir malam tu. Masuk-masuk je aku tengok ada orang tengah kene rawat kat dalam tu. Siap amik video. huhuhu...
Ok macam biasa aku akan kongsikan dengan korang beberapa amalan yang aku dapat untuk di amal kan bersama-sama...
Amalan Bacaan Yassin (paling baik setiap hari)
1) Al Fatihah, hadiahkan kepada Nabi SAW
2) Selawat 11 kali
3) Niat untuk merawat diri, boleh tambah dengan apa-apa niat yang lain
4) Baca Yassin
- Ayat (1) : 40 kali
- Ayat (9) : Buat seperti zikir amalan berserta niat membentengkan diri 11 kali
- Ayat yang hujung nya "mubin" baca bersama niat rawat diri 7 kali
- Ayat (58) : 21 kali mohon keselamatan diri keluarga dan sesiapa sahaja
- Ayat (82) : 3 kali + hajat
Bacaan ini juga boleh untuk niat selain merawat diri cth seperti keselamatan keluarga, anak-anak, rumah tangga, ibu bapa dan sebagainya. Cuma perlu tukar kan niat bacaan sahaja. Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment