Tak lama lepas tu apek tu pun mula la buat keje dalam rumah kitorg. hampir setiap minggu Hubby turun pg tengok rumah tengok progress. Reno tu tak de la banyak. Tapi yang paling major pun buat kitchen kabinet je. Lepas tu wiring suma sekali siap ngan pasang lampu and kipas. Tu yang berterabur habuk-habuk dalam rumah.
Lepas je sebulan menunggu, kerja-kerja major dah siap. Tinggal nk pasang pintu kabinet je lagi. Yang lelain suma dah siap. Kitorg pun dah mula pindahkan barang skit-skit masuk umah. Walaupun perkakas umah belom ada lagi tapi semangat nk masuk tu membara-bara. Kitorang pun sambung la buat reno sendiri yang kecik-kecik macam gantung TV, pasang rak dinding dan entah hapa-hapa la lagi. Dan tak lupa yang paling penting langsir rumah. Awal-awal lagi aku dah shopping dengan mak, jahit sendiri walaupun 90% mak yang jahitkan tp aku pun gatal-gatal jugak la menjahit langsir kasi cepat skit janji bila dh start nk lepak kat rumah je langsir dah siap gantung.
Bak kata pepatah Inggeris "Rome not build in a day", sama jugak la macam rumah aku. Walaupun hari ini nampak macam dah complete tapi masih ada lagi yang kurang. Kitorang buat skit-skit pelan-pelan sama-sama. Kalau ada budget, kitorg proceed, tapi klu budget tk mengizinkan, kitorg hold dulu. Well... Rome does not build in a day... so does our home. Apa pun semoga rumah baru ini mengeratkan lagi ikatan kasih sayang kami suami isteri. Lepas ni kene lagi banyak bertolak ansur. Macam tak biasa la plak...
My Small Balcony |
My (ala-ala) Zen Garden Sila abaikan penyapu tu hehehe |
mano gambo umahnyer huhuhuhuhu
ReplyDeletesabar june sabar... tungguuuuu!!!!
ReplyDeletehahahh akhirnya...nnti upload byk2 ehhhh
ReplyDelete