Sunday, November 28, 2010

BEN10 Theme - Adam's Birthday Bash

Thanks to Pn Aida for her trust of letting me handle his son's birthday bash goodies

Date : 28 November 2010
Venue : Meru, Klang

BEN 10 Theme - Green + Black and little bit of Yellow

Invitation Card

BEN 10 Pencil

BEN 10 2 in 1 Sharpener and Eraser

Customize BEN 10 Bubble

Party Whistle and Party Mask

Lollipop with Helicopter

Cookies

Full Content of the Goodie Bag

For Mistery Gift - BEN 10 Picture Frame 6" x 4"

For Mistery Gift - BEN 10 Color Pencil
Coloring Book With Color Pencil

For Mistery Gift - BEN 10 Picture Album

Birth-Day celebration

Pagi-pagi dah bangun nk siap kan cheese kek kak Aida. Kak Aida order 2 biji untuk birthday Hubby dia and mak dia. Sebenarnya Kek tu dah masak since Friday lg. Tapi pg ni bangun just untuk siapkan decoration je.

So bangun je terus pg mandi and keluarkan kek yang ada dlm fridge. Lepas tu keluarkan Strawberry rendam sekejap. Putar krim and sapu kat kek. Bunyik mcm senang tp aku yang dah lama giler tk pegang kek utensil ni memang dah kekok je rasa. Rasa nya dah lama gile aku tk buat cheese cake ni. Last time masa untuk raya aritu pun adik aku yang buat. Aku cuma siap-siapkan barang-barang je. Sekarang ni aku lagi suka buat cup cake. Maybe sebab dia lg cepat nk masak kot. Aku plak tk suka benda leceh-leceh ni.

Kek Kak Aida... just look at the strawberry dripping,
isn't it gonna make you mouth dripping too??
Dah siap kek Kak Aida, kitorg buat kek untuk abah plak. esok bedey dia. Tapi esok senin tk de org kat rumah. So kitorg sambut la awal. Actually, it's a surprise cake. Sebab kan bapak aku memang giler sangat kat cheese kek ni. asal kalau kitorg buat apa2 je mula la dia ckp terbau2 cheese cake. tu tanda nya dah rindu sangat la tu.

Lepas siap je suma aku hantar kek abah balik Klang dulu, lepas tu terus pg rumah Kak Aida deliver barang. Masa kat rumah kak Aida tu tk sabar-sabar nk balik sebab nk celebrate bedey abah ni. Lagi pun Hubby ajak balik awl arini. Maybe sebab dia tgk aku letih sangat kot keje kan cake tu. Mata aku pun dah tak larat nk bukak dah.

Sampai je kat umah Mak time tu dah petang sangat. tengok jam dah nak dekat magrib. So kitorg pun cepat2 prepare cake abah. Abah masuk je tengok dah ada kek atas meja. Pastu dia pun buat la malu-malu kucing dia "bkn esok ke bedey abah?". Esok sapa yang ada. Again kat rumah tu ada Mak, Anis, Apin, Aku and Hubby. Kalau tunggu sampai esok wajib la suma org keje, aku tk de. So kitorg pun celebrate aa bedey tu walau pun secara sederhana. Janji kitorg ingat kat abah.
Kek Abah baked with love
Selesai je kitorg pun gerak la balik. Aku pun dah letih sangat sampai aku tertido dalam perjalanan balik. Sedar-sedar je dah sampai KL menuju ke Bukit Bintang.

Macam Hubby dah janji kat aku dia nk bawak aku pg kedai Jepon (Daiso). Masuk je kedai tu aku macam jakun la kan hehehe... tapi fokus Mimi fokus! Aku tercari-cari ruang jahitan dan kraftangan. Sekali jarum kait yang aku carik tu tk de la plak. huhuuhu. Yang ada jarum kait yang lain. Hubby suruh amik je dulu buat sementara. nanti kalau balik Melaka boleh carik yang lain. Lepas tu aku nampak benang kait yang agak besar skit. walaupun agak mahal aku amik je la dulu sebab susah nk carik benang yag besar mcm tu. aku amik kaler off-white. ingat kan nk buat baby punyer set... konon je la... hehehehe

Friday, November 26, 2010

Another Visit to Darul Ruqqiyah

After dah berminggu-minggu kitorg sangat-sangat sibuk akhirnya kitorg curik-curik jugak masa pegi jumpa Ust. phew Alhamdullillah... Lagi pun lately badan aku rasa mcm tk sedap je.

Sampai-sampai je jam baru pukul 12 tapi orang dah lengang. Ada dua tiga orang je lagi. Dorang kata sekarang dah ada procedure baru. Ini untuk mengelakkan orang tunggu sampai pagi. Jadi dia nk bagi semua orang selesa termasuk dengan Ust2 skali boleh balik awal. betul jugak kesian kat dorg.

Masuk-masuk je baru nk sembang dengan Pakcik Sham (sebenarnya sedara la jugak tp dia jd perawat kat Darul Ruqqiyah) nama aku dah kene panggil. Sebenarnya aku orang terakhir malam tu. Masuk-masuk je aku tengok ada orang tengah kene rawat kat dalam tu. Siap amik video. huhuhu...

Ok macam biasa aku akan kongsikan dengan korang beberapa amalan yang aku dapat untuk di amal kan bersama-sama...

Amalan Bacaan Yassin (paling baik setiap hari)
1) Al Fatihah, hadiahkan kepada Nabi SAW
2) Selawat 11 kali
3) Niat untuk merawat diri, boleh tambah dengan apa-apa niat yang lain
4) Baca Yassin

  • Ayat (1) : 40 kali
  • Ayat (9) : Buat seperti zikir amalan berserta niat membentengkan diri 11 kali
  • Ayat yang hujung nya "mubin" baca bersama niat rawat diri 7 kali
  • Ayat (58) : 21 kali mohon keselamatan diri keluarga dan sesiapa sahaja
  • Ayat (82) : 3 kali + hajat

Bacaan ini juga boleh untuk niat selain merawat diri cth seperti keselamatan keluarga, anak-anak, rumah tangga, ibu bapa dan sebagainya. Cuma perlu tukar kan niat bacaan sahaja. Selamat mencuba

Wednesday, November 24, 2010

Sharing my hobby

Di sebab kan aku dh tk de idea nk tulis entri apa kali ni aku cuma sharekan aje la hobi aku sekarang ni.

Untuk pengetahuan semua mesin jahit aku yg comei giler kecik tu dah rosak so sekarang ni terpaksa la aku kurangkan aktiviti menjahit aku. So tak dapek la aku nk kongsi kan cara-cara membuat ligerie sendiri yang murah dan praktikal. Kali terakhir aku menjahit aku guna mesin kat rumah mak aku. Ala yang jenama Singer yang kaler hitam kurus kering besi yang antik giler tu hehehehe... berjasa giler mesin tu tau. So aku pun kongsi je la dengan korang projek terakhir aku menjahit ni.

Untuk pengetahuan korang modal untuk aku siap kan projek ni sangat la skit. Kain tu nampak macam beria-ria kilat tapi sebenarnya aku beli kain tu kat Kamdar dengan rege Senget selai. Cukup untuk buat 2 bijik sarung bantal. Jimat dan murah kan? So kepada kawan-kawan yang suka menjahit kat luar tu mari lah kita ke Kamdar mengorek pile of shreded cloth yang rege dari Rm1 - RM5. Lagi rajin anda mengorek lagi lawa-lawa kain yang anda akan dapat. Kalau yang jenis suka wat patches tu apa lagi... jom kita mengorek!!!

Aku pilih kain ni sebab aku nk kaler ni... kasi matching ngan cadar aku
Next, aku nk kongsikan progress knit project yang aku start entah 2 ke 3 minggu sudah hehehe. Memandangkan projek ni cuma hobi dan aku plak sibuk dengan bisness cup cake dan goodie bag aku tu, so aku tk dapat la nk fully focus kat project ni. Ingat kan dah bole sambung tapi malang nyer ujung minggu ni ada tempahan Cheese cake lagi 2 bijik huhuhuhu.. Alhamdullillah rezeki Allah nk kasi. Hasil kerja tangan aku yang ni cuma dalam peringkat blajar dan cuba-cuba. Kalau korang belek btul-betul benda tu korang akan perasan beberapa missing pieces kat situ. sebab aku malas nk bukak balik aku forward kan aje. len kali aku buat btul-btul punyer.

Sekarang ni saiz dia hampir nk keliling kepala
Benda ni aku tak de motif pun sebenarnyer nk buat apa. memandangkan aku cuma nk test try. So lepas aku dok belek-belek apa aku nk buat dengan benda ni last-last aku cuma teringat nk jadikan dia Hair Band aku je la wkakakaka... sebab saiz dia yang agak kecik tu. Len kali aku carik jarum yang beso skit n Benang yang beso skit bru la aku leh wat Inner kot hehehe... Berangan je la. entah bila nk siap nyer. Apa pun layan je la aku ni. Apa-apa progress terbaru aku share lagi key...

Sunday, November 21, 2010

Menses Day 12

Hari ni dah masuk hari yang ke 12 but i still have the flow going... Tak tau la kenapa kali ni lama bebenor menses ni nak habis. Selalu paling lama pun dalam 10 hari. And lepas aku kawin ni selalunya dalam 7-8 days dah kering dah. Kita tunggu dan tengok je nanti. Buat masa sekarang ni aku dah slow down any hormon drugs. Nak tengok semuanya dalam normal flow macam mana. Tak larat la aku nk on dengan drugs je. So kita tengok je la dalam few days ni... kalau macam ni macam mana aku nk kira ovulation day aku heh?? ... hmmmmmmmm.....................

Sunday - Cup Cake day

Seperti telah di janjikan, kitorang kene hantar Cup Cake ni today after Zohor. Since dari Friday lagi aku sangat-sangat excited pasal cup cake ni. Bukan apa, kali ni aku put more effort untuk cup cake ni memandangkan aku baru je beli bekas cup cake yang bertingkat-tingkat ni... hehehehe... sebelum ni aku pakai pinggan je. Nothing much to show off... aku poyo je la dengan Cup Cake aku ni ok??

Thanks to Pn Yati From Klang for her trust of letting me bake this cup cake for her daughter's engagement. Cup cake : Cheese Cup Cake with raspberry filling
Topping : Marshmallow

Tayang bekas cup cake bertingkat aku ni hehehe



End Product before delivery... cute tk???

Friday, November 19, 2010

18 Nov - My Birthday

Tepat masuk je 18 Nov, reminder dekat phone ringing. Hubby buat-buat tak paham, pura-pura tanya sapa SMS. Aku pulak buat-buat malas nk layan, padahal aku dah SMS Anis tanya tk mo wish ke hahahaha.. Dalam teka teki tu aku suruh Hubby tengok jam dah pukul berapa. Dia masih lagi nk buat-buat tak paham... waaa tk bes betul kalau aku yang kene ingat kan semua orang.

Tak lama lepas tu Hubby pun wish aku Happy Birthday. Dia pun terus suggest kitorang have dinner at Secret Recipe tomorrow. Aku sengeh je la. Tiba-tiba aku teringat umur aku dah masuk 30 tahun. Entah kenapa dalam sunyi tengah malam, di tengah-tengah jalan raya yang sunyi aku melayan perasaan sendiri.

30 tahun umur yang bagi aku sudah sampai masa aku mengukur cita-cita aku selama ini. Apa yang pernah aku impi, apa yang aku sudah miliki dan apa yang masih lg belum menjadi realiti.

Tak pernah dalam angan-angan aku kehidupan aku akan jadi seperti mana aku hari ini. Aku hanya pernah membayangkan diri aku workaholic tapi hari ini aku virtual-holic dari rumah. Tak pernah aku bayang kan hanya akan miliki kawan-kawan yang virtual, dan segala tentang kehidupan aku hanya dari depan monitor.

Anak??? seperti orang lain aku masih menaruh harapan tinggi setiap masa setiap ketika. Tambahan pula kedudukan aku yang sangat goyah ketika ini. Semua tu menguatkan lagi semangat aku untuk memiliki seorang cahaya mata. Tapi entah kenapa bila sampai ketika nya aku seperti putus harapan. Tambahan lagi usia ku bertambah lagi. Seakan narrow down chances yang ada untuk aku.

Ada apa pada angka? Angka 3 yang membuktikan kegagalan aku dalam segala-galanya. Aku masih belum layak untuk miliki kesempurnaan seperti mana orang lain... Biarku telan pahit ini dalam-dalam...

Seperti mana yang Hubby janji kan, kitorg have our dinner at Secret Recipe. Makan western la skali skala. Lepas makan tu Hubby ajak tapau Sub-Way takut aku lapo tgh2 malam. Aku ikut je la walaupun sekarang ni aku selalu je hilang selera makan. Lepas makan kitorang again... balik Klang.
Makan kat Secret Recipe... menu : mushroom chicken apa benda tah wakakakak

Aku kene rush skit beli barang-barang n balik Klang sebab minggu ni ada orang tempah cheese cup cake. Alang-alang balik Klang amik barang nk buat cheese cup cake, aku angkut Anis sekali. Bukan apa, kalau ada Anis cepat skit nak buat keje memandangkan nk hantar pagi-pagi buta kat orang tu. Kalau kitorang siapkan jugak malam ni, tomorrow boleh pg cari barang-barang untuk hiaskan aje. Again... another busy weekend untuk aku.

Wan have surgery the same morning, masa aku call mak td mak kata wan still belum sedar. Abah dh suruh pg tengok. Tapi dengan keadaan aku yang tengah kelam kabut ni tak sempat aku nk tengok lagi. Hubby kata sabtu nanti lepas hantar kek tu baru la boleh pg tengok Wan. entah la... makin celaru aku sekarang ni... Ingat ahad ni nk pg for med checkup lagi kat spital tu...

kadang-kadang aku pk makin banyak usaha aku, makin jauh je rezeki tu dari aku. Entah la, 30 ni mungkin another tough year untuk aku... Ya Allah tabahkan hati aku... permudahkan lah segala ujian ini dan bukakanlah jalan seluas-luasnya untuk aku dan Hubby. Andai kami tersilap langkah janganlah Kau hukum kami dengan keras tapi Kau berilah petunjuk Mu agar kami dapat kembali ke jalan yang Kau redhai. Bawalah kami di bawah petunjuk rahmat hidayah Mu dan jangan Kau biarkan kami hanyut. Makbulkanlah segala doa kami... Amin...

Wednesday, November 17, 2010

Sambutan Aidiladha...

This is our first time sambut pagi-pagi raya dekat rumah. Bangun-bangun je dah pg raya. Dengan mengantuk-ngantuk lagi liat-liat bangun sebab semalam tido lambat kitorang terus la pegi mandi. Kat luar tu dah kedengaran takbir berkumandang. Tak tau macam mana nk gambarkan perasaan tu sebab pagi-pagi raya hanya kitorg berdua je.

Dengan kelam kabut sebab bangun agak lewat aku pun siapkan apa-apa sarapan yang ada. Kemas-kemas barang yang mana patut lepas tu kitorg pun mula bergerak ke Klang.

Sampai-sampai, sebenarnya agak lewat la jugak sebab orang semua dah siap dah. Lembu yang di tambat pun dah tumbang sekor dah aku buat bodoh je ke dapor mintak 2 bungkus nasik lemak yang dah di pack. Perot aku still lapo lg ni hahahaha.

Today sebenarnya ada program kat Taman mak aku ni. Dengar citer lembu 5 ekor tumbang, malam pulak ada majlis Khatan beramai-ramai. Tapi sebab aku datang lambat jd aku di tugaskan kemas segala periuk-periuk dapor yang dorang masak semalam. Mak, Abah, Abg, Afil n Hubby dah pegi tengok lembu. Tapi Hubby aku cuma gantikan tempat aku pegi amik gambo je. So aku ngan Anis bekemas dapo.

Mula asal plan ingat dlm tengah hari nak pegi spital tengok Wan. Ucu semalam dah berapa kali sound-sound sebab tak pegi tengok Wan. Tapi aku diamkan aje la. Pastu aku call baby, baby kata dia dah on da way nak pegi spital. Aiseh memang tak de geng la nak pegi. Aku tengok hubby dah tersengguk-senguk depan TV. Aku pun suruh je la dia have nap kejap. Bila dia dah terlelap aku pun apa lagi, join the club jugak la hehehe. Entah kenapa aku sekarang ni rasa macam letih je. Sedar-sedar mak aku dah balik dari melapah lembu. Lepas tu mak aku bising-bising keje aku buat pelamin budak khatan dah siap ke belom. huhuhuhuhu... Sampai je kat rumah Tok, pelamin ucu dah siap kan separuh. Tinggal skit-skit je lagi. Aku datang lepak-lepak je la wakakaka opsss aku tolong buat bunga rampai laa...

Malam tu baru la officially kerja aku bermula. Keje aku skit je, amik gambo budak-budak khatan ni je hehehe. Sekali aku keluar je tengok dah ada 2 orang photographer dah menanti. well... aku pun tak tau aa apa keje lagi aku nk buat. Tp lucky me, Faiz, Baby suma datang bawak kamera masing-masing. So aku tak rasa janggal sangat la amik gambo dengan kamera kecik aku. Budak-budak dah ready, mak budak pun dah ready, tiba-tiba cik Mat datang buat announcement baru plak. Dia nak budak-budak ni yg dah ada 7-8 orang ni di julang oleh bapak masing-masing. Dah la nak mengurus budak-budak ramai satu hal, ngan nk carik bapak masing-masing pulak satu hal. Kecoh la jugak time tu. Anak masing-masing boleh la tahan sihat nyer. Orang lain punye famili nampak cool je tapi bila time famili kitorang memang kecoh yang amat.

Time ni la aktiviti sakat menyakat pun bermula. Mula-mula dorang gelakkan Cik-Wan sebab nak kene julang amin yang sihat sangat-sangat. Cik-Wan pun dah amik posisi, mengalahkan budak nk bersunat jugak aaa dorang perli-perli cik-Wan. Apa lagi amik aura aaa nak julang budak wakakaka. Lepas tu dorang gelakkan Abg Rizal, sebab saiz abg Rizal sederhana je. Tapi mujur la Aiman tk beso mana. Dah susun-susun suma budak dengan bapak, ada dua orang lagi tk de bapak. Sorang tu entah mana la bapak dia, yang sorang lagi tu memang dah tak ada bapa. Huh! time ni la dorang cakap kesian kat budak tu. Memang budak tu dah muka sedih dah. Kalau nak mintak tolong julang boleh je sapa-sapa tolong angkat kan. tapi sekali dorang tengok saiz... aduhmakaiii... lengan dia aje dah nk sama betis aku hehehe... apa lagi kecoh la time tu dorang mencari bapak-angkat untuk mengangkat dia. Mula dorang panggil abg aku, abg aku dah surrender. panggil abg Iwan, sekali abg Iwan pun serrender jugak. last-last dorang panggil Hubby aku. Sebab dalam ramai-ramai Hubby aku pun agak beso la jugak badan. Pakcik-pakcik lain yang badan beso suma dah entah kemana.

Mula Hubby aku macam layan tak layan je. Maybe sebab dia pikir ramai lagi boleh angkat kot, last-last aku terpaksa convincekan dia yang budak tu dah tak de bapa, so kesian la kat dia. lepas aku dah panggil 2-3 kali Hubby pun agree nk angkat. well apa lagi kene sakat la dia. Demi nak pujuk Hubby aku tu dorang pun bagi kata-kata semangat nanti berkat angkat budak tu by next time kitorang dapat anak cepat wakakakaka. Aku senyum je la. sekali tengok Hubby duduk sebelah Cik-Wan, ala lebih kurang sama saiz je. tapi banding budak yang nk di julang tu, beso lagi amin. So doa-doa banyak-banyak Hubby bleh angkat budak tu dengan selamat. Suma "bapak-bapak" dah ready, perarakan pun bermula. Nasib baik la dekat je hehehe...
Bapak-bapak dah standby...
Top-Left; Hubby, Cik-Wan, Abg Rizal....
Front-Left; The-kid, Amin, Aiman...
Angkat jangan tak angkat
Keratan Akhbar Sinar Edisi Selangor 20 November 2010
Lepas tu aktiviti bersanding and tepung tawar budak-budak ni. Sebab dah duduk ramai-ramai sekali atas pelamin, budak-budak ni jadi seronok plak. Dah la di renjis ngan air wangi (sekarang dh tk de air mawar dah), bunga rampai, pastu di suap pulut kuning dan yang paling best di bagi angpau oleh VVIP (dato'). huhuhu rasa macam nk duduk jugak la dengan budak-budak tu hehe. Selesai semua baru la aku boleh duduk makan. Last but not least... acara bersiram budak-budak tu.. waaaaaa bukan main seronok lagi dorang ni kene jirus dengan air. Dari budak tu 8 orang, tiba-tiba jadi bertambah pulak sebab budak lain pun nk join kene jirus sama huhuhuhuhu. Besa la bila tengok member kene jirus yang kat tepi-tepi pun jeles jugak. Dan aktiviti malam tu pun selesai...

Kitorang pun dah makan, lepak-lepak kat tepi sambil tengok orang lain makan. Seperti biasa la berlonggok-longgok, sambil-sambil tk sudah-sudah kene sakat lagi pasal Hubby julang "anak angkat" tu. Ayat paling jahat; muka budak tu nk sama dengan Hubby aku. cheit! Dorang pun buat perbandingan muka budak tu bersanding sama macam masa Hubby aku bersanding dulu-dulu. Lepas tu dorang pun doa-doa kan kitorang nanti cepat dapat baby, moga-moga dapat baby yang sama beso dengan budak tu wakakaka.. statement yang tak tau la macam mana nk tunjuk kan reaksi wkakaka... Hubby cuma jawab amin... insyaAllah tahun depan, kalau ada rezeki, tapi dalam hati aku; ohh tidak kalau sama saiz dengan budak tu...

Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha eve

Today Hubby amik coti. Ingatkan coti-coti ni nak pegi spital cek gigi, tapi surat RL dari klinik gigi aku dah hilangkan pulak. Tak pasal-pasal kene pegi balik klinik tu. Tapi sebab malas sangat nk pegi klinik aku pun melengah-lengah kan je hehehe. Tunggu gigi aku sakit balik. So pagi macam biasa aku settlekn keje-keje rumah mana-mana patut. Basuh-basuh baju apa-apa suma, lepas tu aku pun mengorek benda kat dapo yang tak nk pakai. Lepas selesai pack suma barang, aku pun dah kemas barang-barang BEN 10 akak Aida, aku letak tepi.

Lupa plak nk cerita, yesterday aku sempat la singgah Ikea sekejap. Mula nya saja nk jalan-jalan and mak pun kirim bekas simpan plastik, tapi macam biasa kitorang akan end up with purchase lots of things. Sebab tu la kadang-kadang jgan gatal-gatal nk window shopping kat Ikea ni wakakaka.

Aku macam biasa kalau jalan-jalan kat Ikea tu, bila tengok barang pastu aku pun berangan la itu ke ini ke. Lepas tu membayangkan dekat mana nk letak benda tu, macam mana nk susun, practicality barang tu. tapi bukan nya aku nk beli lg. Cuma buat few design je dalam kepala aku ni. ada la dua tiga barang yang aku beminat.

Last-last kitorang beli periuk, sebabnya kitorang tak ada periuk beso, beli rak, pinggan beso kat AsIs, dengan set pinggan kat AsIs. Kadang-kadang ada jugak great bargain kat AsIs tu. last time aku beli rod langsir panjang giler kat AsIs dengan rege 13 hengget je sedangkan kalau kat dalam paling murah 23 hengget. Itu pun pendek dari yang aku beli kat AsIs. So lepas ni bila pg Ikea je wajib singgah kat AsIs tengok apa yang menarik. Dah tgk tu wajib la terbeli jugak dua tiga barang.. adeh... tu la keburukkan singgah kat AsIs...

Ok back for today story, before kitorg balik Klang, kitorg singgah la kejap kat NKS beli barang-barang asas nk masak untuk mak. Beli beras, gula, minyak, ayam, bawang-bawang. lagi pun ada few things len yang aku amik dari dapo aku sendiri sebab aku tk guna barang-barang tu. So dari NSK kitorg pun terus balik Klang.
Ini bunga telor mak aku buat untuk Majlis Khatan esok nyer


Sampai Klang suma org mcm biasa je. Macam esok tk raya je. anis tgh sibuk ikat riben dekat bunga telor berkhatan besok, mak dengan abah tengah duduk tgk tv je. Aik! suma orang ni tak raya ke? aku anto barang ke dapo aku tgk dapo clear. cuma ada bawang n cili yang dah blend dekat tepi. Mak tk masak ke???

Dalam pukul 8 lebeh cm tu sorang-sorang datang bawak barang masing-masing. Patut pun, mak masak 2 dalam satu, masak untuk kenduri esok + skali dengan raya. sebabnyer esok suma org ada keje kat kenduri jd mana ada org nk makan kat rumah. suma orang akan makan kat kenduri. Malam tu dorg masak Nasik Lemak kukus untuk sarapan kenduri pagi esok. Bila aku tgk ramai sangat orang kat dapo aku dah jadi serabut. pening kepala aku tgk ramai2. mak pun hulur aku bawang, halia untuk aku kupas nak buat masak rendang kerang pagi esok. So aku pun duduk tepi je la kupas bawang-bawang diam-diam sambil yang lelain keluar masuk dapo tu buat keje. Habis kupas bawang aku pun masuk dalam pegi tolong anis ikat reben. dah ramai sangat orang kat dapo.

Abang balik malam tu tp dia balik bertiga je dengan anak dia yang sulung ngan no 2. Dia kata Kak Ina demam. Aiseh... aku bru je pk nanti kalau dia balik dia nk tido mana dengan anak-anak. Aku pun dengan Hubby rancang nak balik rumah malam tu jugak sebab pk nk kasi suma orang selesa, sebab nye bilik tengah tu abah reno tk siap-siap lg. Tapi lantak la mana-mana. selesai je keje aku, suma org pun dh get ready nk tido plus mata aku pun dah berat, aku ajak Hubby balik rumah. Mak tekejut. Dia ingat aku tido kat Klang tp aku balik rumah plak. aku ckp la kesian suma tk de tempat nk tido so aku balik je la. aku datang pun sebab nk kasi barang-barang dapo.

And kitorang pun balik rumah, jam dah kul 12 lebeh. sampai rumah je aku tk sempat nk buat apa pun lagi, landing terus tertido... aku pun tk sedor kul baper laki aku tido... ZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzz

Saturday, November 13, 2010

A long journey to JB

Pagi-pagi buta kitorg dah bangun siap-siap nk pegi Johor amik adik aku yang laki tu (Afil). Mula ingat kan nk pg 2 kereta tapi bila pk balik barang dia tk byk sangat so pg satu kete je. itu pun pasal Abah aku tk mo ikut. Dia kata ada keje plak kat Kajang. So kitorang pg bertiga je, Aku, Hubby n Mak.

Journey mcm biasa je. Jalan pagi-pagi hari hujung minggu kan lengang je. so suma nyer smooth. Untuk mengelakkan aku tertido sepanjang perjalanan yang lama ni aku mengait aje la. Kurang-kurang nya ada la benda yang aku leka nk buat sepanjang perjalanan. Mak pulak selalu nyer akan tido aje la sepanjang perjalanan tk kira la pegi mana pun. Tapi kali ni dia pun ade keje nk buat, so dia bawak la bekas buat bunga telo dia sambil-sambil tu dia buat dalam kete.

Kitorang bergerak dari Klang pukul 7 pagi and sampai kat tempat adik aku tu Politeknik Johor Baharu dalam kul 12 tengah hari. Sampai je terus kitorang pg kat umah sewa adik aku amik barang-barang. Tak de la banyak sangat. Memang sangat-sangat muat la bonet kete laki aku tu. Tak sampai baper menet je pun kutip dah siap dah semua. Aku pun terus call Zira tanya dia kat mana... ehem ehem.. skali Zira tengah tido daaaaa...

Untuk tidak mengecewakan Zira, kitorang pg jugak aaa rumah dia. Tak jauh sangat dari tempat adik aku. Zira pun ajak kitorg makan kat rumah dia memandangkan time tu lunch hour. Kitorang pun memang tengah lapo. Cuma aku je perut meragam skit hehehe... Tak lama lepas tu kitorg pun sampai la kat rumah Zira...

Mula-mula masuk tu je Zira dah mintak maaf banyak-banyak sebab tertido memandangkan dia baru je tido kul 7 pagi td. Dia kata malam tadi dia buat keje dia. Tapi memang nampak buku dia bersusun kat ruang tamu tu. So dia pun dengan kelam kabut nyer bekemas. Dia pun terlupa yang kitorg nk turun JB minggu ni. So dia pun tk sempat nk prepare apa-apa. Laki dia plak keje lom balik-balik lagi.

Memandangkan Zira tk sempat siapkan apa-apa aku pun tolong la Zira kat dapo... masak! hehehehe...

Overall rumah zira boleh dia katakan selesa. dari faktor luas wajib la sebab dah memang beso la kan. Lepas tu plak dapor pun dh siap extend lagi so memang luas aaa penat jugak berguling2 dari depan ke belakang... wakakaka... Cuma mungkin Zira pun masih dalam proses nk reno n decor lagi, jadi nampak banyak ruang-ruang menarik belum di fully utilize kan. Bagi aku rumah Zira banyak potensi tapi perlu kreativiti lg untuk lg menarik. Tapi apa pun bila korg dah step inside the house korg akan rasa warm inviting environment sebab tuan rumah nyer memang suka melayan tetamu.

satu perkara yang aku rasa aku kalah giler dengan Zira and aku nk puji sangat-sangat jugak ialah Peti Ais dia.. pergh.. sekali aku bukak bersih n kemas. Kalah peti ais aku. Well Peti ais aku memang penuh dengan macam-macam. Maklum la org buat kek ni selalu ada je benda2 mentah yang memenuhkan ruang. pastu dengan gegula la mcm2. apa bleh buat...

Lepas kitorg dah makan, lepak-lepak Zira ajak tengok movie plak "Confession of a Shopaholic". Pergh... memang santai... tapi lepas tu hujan pun dah mula turun, kitorg pun ada long way nk balik Klang balik so kitorg pun beransur la dulu... Thanks to Zira for the hospitality and everything aaa... korang layan je la gambo kitorg kat sana





Wednesday, November 10, 2010

1 day of menses

At last! after nearly a month of overdue, akhirnya aku period jugak. Lucky me kali ni aku tk kene period pain like usual. Mula-mula masa nak keluar tu agak perit tp lepas tu dah ok. Yang paling menarik kali ni aku tk perasan sangat PMS macam sebelum ni. Jerawat aku tk teruk macam dulu, breast aku tk sakit sangat macam selalu, and aku tk de la senggugut teruk macam sebelum ni.

Cuma aku still ada lagi sakit kepala yang sangat-sangat perit. Aku cuba makan ubat arang untuk kurangkan sakit kepala yang maybe cause by "angin". Tapi after a while sakit tu masih belum kurang lagi.

Aku try amik Panadol Active Fast plak tengok macam mana. Maybe sementara aku menulis ni sakit tu makin berkurang ke. Selalu aku akan dapat cepat detect satu-satu ubat tu berkesan ke tak dalam masa 1-2 minit je. Sebab aku ni bukan la jenis yang layan sangat sakit aku tu. So bila mana aku dah rasa kurang je aku dah melonjak-lonjak lupa diri dah. Kalau sebelum tu aku telantar bila rasa lega sakit je aku pun macam kera la lupa sakit. Hubby aku pun perasan jugak perangai aku cam ni. Bila dia tgk tiba-tiba je aku dah gelak besar dia tegur la aku ni "dah baik la tu".

Last visit doktor Zarul ada cakap untuk datang balik for another visit. Tapi this Sunday macam tk boleh pulak sebab Sabtu ni nak pg JB. Ahad nk berehat la plak kat rumah. Maybe kalau boleh pg pun hari Isnin. Sebab Hubby dah amik cuti time tu. Ni tengah berkira-kira nk pergi ke tk.. hmmm $$$ lagi... haiya...

Ok aku rasa sekarang ni aku dah boleh cerita skit effect ubat tu kat aku. Aku makan 2 bijik tadi, walaupun aku slalu nyer amik sbijik je sebab aku takut makan Panadol. Buat masa sekarang ni rasa bengang macam dah berkurangan. Cuma aku still rasa berdenyut-denyut di sebelah kiri kepala aku. Sekali-sekali denyut-denyut tu merayap ke mata. Which sakit kepala yang aku paling tk suka kalau merayap ke mata. Rasa mcm nk meletop je bijik mata aku. Tapi overall sakit tu beransur2 kurang. Aku tk nak jump into conclusion sebab aku jugak penah ada sejarah migraine. And aku jugak terlebih angin dalam badan. Yang mana kalau aku dh banyak sangat angin dia akan neik sampai kepala dan aku akan sakit gila. Kalau dah sampai tahap tu memang aku minum air LEMUJU je la. Lepas seminit dua, sedawa n kentut melegakan kepala yang berdenyut-denyut.

Ok la, aku akan keep korang semua with more news. Apa pun this date will be the beginning of another round of journey. Keep our fingers cross, as we'll keep on praying for good things will come in the future. Betul ke aku membebel ni? hahahaha lantak la janji korang paham... Layann!!!

Tuesday, November 9, 2010

Tuesday... baru la rasa nak berehat

Terasa macam lama sangat tak update blog. Padahal bukan lama sangat pun. Baru selang berapa hari je. Konon-konon dah terasa rindu hehe. So hari ni aku akan cerita 2 in 1. Sebab semalam aku tk dapat nk update blog so hari ini aku mengambil kesempatan untuk cerita kan kisah aku untuk 2 hari ni.

Seperti biasa Monday is my busiest day. Bangun pagi je celik bijik mata dah tersusun dah jadual aku. Tapi pagi yang aku maksudkan ni bukan la “pagi” yang awal-awal pagi tu. Kalau cerita dari awal-awal pagi, aku cuma bangun, buat sarapan untuk Hubby, gedebak gedebuk dia dah pergi kerje aku sambung tido balik hehe.

Selepas bangun balik untuk kali kedua tu baru aku kira permulaan hari aku.

Bila aku bangun je mula-mula sekali aku kene siapkan sarapan untuk aku dulu. Perut dah berbunyik-bunyik. Malangnya pagi ni tak ada apa nk sarapan. Aku buat je la Milo secawan. Panas-panas cicah ngan sekut gula pun sedap jugak.

Abis sarapan, kutip semua baju-baju asing-asingkan baju ngan suar. Bila aku timbang-timbang suar lg banyak dari baju so hari ni aku akan basuh suar. Aku basuh 2 hari sekali tapi aku selang selikan basuh baju dengan seluar. Ni sebab kitorang punya load tak banyak sangat. Kalau lepas timbang pun still half load aku akan simpan untuk next day. Ni semua demi amalan sihat penjimatan tenaga elektrik. Basuh baju jika full load sahaja. And aku jenis yang tak suka campur basuh baju dengan seluar sebab bg aku baju tk berapa kotor tapi seluar kotor dia lebeh skit. Untuk pastikan baju sentiasa cantik berseri-seri maka aku tak campur kan semua sekali.

Kalau normal Monday, load aku cuma baju-baju sahaja tapi kalau Monday after “away-weekend” aku kene timbangkan sekali dengan tuala yang aku bawa berjalan. That makes my load for the day equals to 2 full loads. Jangan lupa tuala yang adik aku guna masa dia stay kat umah aku minggu lepas.

Lepas dah biar kan ken-ken tu rendam sekejap, aku seperti Monday biasa, with broom on my hand and duster in my poket. Masa untuk pusing satu rumah. Buang-buang semua habuk yang ada kat semua perabot esp TV, DVD and other electrical stuff sebab electrical stuff ni suka tarik habuk. Habis semua dah buang habuk, sapu satu rumah, time to let the washing machine do his job.

Dulu bila hari Senin je aku suka basuh bilik air. Tapi sejak aku ada cyst ni Hubby aku dah tk galakkan kan aku buat keje-keje berat. Bukan nya nak mengada-ngada, tapi mengelakkan aku sakit pinggang lepas buat keje. Sepatutnya rumah tu aku nk vacuum je, tapi memandangkan vacuum aku tersimpan rapid an berat nk bawak keluar so aku guna je la penyapu. Sminggu sekali Hubby aku akan tolong vacuumkan rumah. Itu pun kalau Sabtu atau Ahad kitorang tak sibuk la hehehe.

Ok back to mengemas rumah. Lepas suma dah nak selesai, time ni aku belom boleh mengemop lantai lagi. Sebab ada satu perkara yang aku kene buat sebelum mop lantai = merenjis baju. Aku akan asingkan baju dan seluar untuk di gosok. Aku buat aktiviti menggosok baju seminggu sekali. Kalau minggu lepas aku gosok seluar minggu ni aku akan gosok baju plak. Ni pun salah satu langkah penjimatan elektrik jugak hehehe. So minggu ni aku kene gosok baju. Aku akan keluarkan semua baju-baju yang nak di gosok lepas tu longgokkan kat depan TV. Sambil-sambil tengok TV/CD. Ni bagi mengelakkan aku cepat bosan hehehe. Sedar-sedar dah habis.
Bila dah abis merenjis la baru masa yang sesuai untuk mengemop lantai. Sebab masa merenjis tadi guna spray, lantai dan basah n licin sebab spray tadi. So kena la mop lantai semua sekali.

Ok sampai time ni, masak nasik. Dan biarkan semua dulu n pegi mandi semayang semua. Bila dah siap. Makan! Baju dalam mesin dah siap, sidai n ready for second load.

Sampai part ni, aku pasang DVD Desperate Housewives Season 6, kipas dah on, iron board dah standby, air untuk seterika dah ready, lapik kaki dah ready… masa untuk menggosok baju! Huh! Hari ni macam banyak pulak aku menggosok… sedar-sedar “ding-dong” loceng pintu berbunyik. HUBBY DAH BALIK!!! Aku tengok dalam bakul ada ½ lagu baju tk sempat nk gosok. Bungkus masuk plastic, simpan dulu dalam fridge.

Malam tu kitorang ada janji nak pegi Selayang Mall beli barang skit. Hehe macam cerita tak habis kan?

So masuk la hari Selasa which was today. Selalunya aku akan habiskan menggosok 1 hari je cuma maybe aku sambil buat keje sambil melayan June (Y.M) so aku pun tk sempat nk siapkan semuanya satu hari. So aku sambung lagi hari ni. Cuma hari ni aku concentrate iron je sebab aku dah tak de apa-apa lagi nak buat.

Awal-awal pg lagi Ana dah call. Dia kata nak datang. Baru je setengah jam call, dia dah “dingdong” rumah aku. Cepat gila minah ni. Aku baru je nak sarapan. Kali ni dia datang tk de la nk lepak lama-lama. Cuma dia singgah kejap je lepas pegi café kat bawah. Nak deal pasal roti. Pastu dia pun citer la café bawah tu nk orang supply kan kek. KEK??? Macam menarik je? Aku kan suka buat kek. So Ana pun saja bakar semangat aku untuk supply kek plak. Aduh minah ni!!!

Bila dia dah balik baru aku boleh sambung iron baju yang tergendala semalam. Sambil-sambil tu aku dok berangan-angan pasal nk buat kek. Hmm buat cup cake pun mcm menarik kan. Hehehe. Sedar-sedar aku dah abis menggosok baju. Hari pun dah petang. Aku pegi mandi sebelum Hubby aku balik rumah. Baru je masuk bilik air loceng rumah berbunyik lagi. Hubby dah balik!!!!!!! AAArggghhhh!!!!!!
Banyak tak sekali aku menggosok? ni baru baju Hubby aku je
Nak close up? Quality Control side wajib tajam punyer...

Monday, November 1, 2010

Monday blues

Last Friday, morning after lepas hantar Anis pg hospital Shah Alam Sek 7 appointment gigi kitorang terus pg hospital besar Klang tengok perkembangan Wan (Nenek belah mak).

Berdasarkan previous report, memang positive ada ketumbuhan dalam breast Wan aku. Masa tu saiz dia dalam 5 cm. Cuma masa tu dia tak boleh nak confirm kan sama ada ketumbuhan tu cancer ke tk. So today was suppose to be the day report tissue test tu keluar. Itu yang kitorang nak pergi amik test report.

Sampai kat sana kitorg tercari-cari Wan aku yang datang dari pg dengan kakak sepupu aku. Biasa la kalau nk guna henphone dalam spital kan mcm limited skit. Last-last kitorg redah sendiri lepas tanya dengan misi yang ada kat kaunter depan tu. Elok-elok kitorang sampai kat area menunggu rawatan tu, kitorang pun nampak akak sepupu aku tu tengah tunggu nombor giliran.

Di pendekkan cerita, giliran Wan aku sampai, mak aku masuk dengan Wan jumpa doktor and doktor pun sahkan report the cyst is cancerous. Aku tak de perasaan sangat kot masa tu. Tak tau apa emosi yang aku patut tunjukkan masa tu. Tapi aku diam je la. And my mom pimpin Wan ke bilik x-ray untuk tengok perkembangan ketumbuhan tu. I'm not so sure tp dari yang aku dengar, ketumbuhan tu dah membesar dari 5cm ari tu dah ke 9cm. Very active within months mybe. And doktor pun setkan Monday as meeting day with all my mom's siblings. Dorang nak bincang pasal rawatan yang perlu untuk Wan.

Berdasarkan dengan usia Wan yang sudah lebih 80 tahun, kimo is not a good solution. So not very recommended sebab Wan tak akan mampu bertahan. There only 2 ways of dealing with the cancer. Satu dengan cara makan ubat. Tapi hanya ubat sahaja mampu ke membuang semua cancer sel? doctor say NO. Another option - operation. But the question is, mampu ke Wan bertahan dengan operation sbb dengan usia Wan macam ni bius agak susah nak bertindak balas.

So my mom attend the meeting. After few pros and cons, the doctor proceed with operation. Wan will be admitted on 16 Nov, fasting on 17 Nov and the surgery on 18 Nov which was my birthday. OOhhh... sigh

The surgery actually suppose to be next year, but after review how active the cell is, the doctor suruh awal kan surgery tu and skip few patients yang dalam queue. Macam suspend je. I'm not so sure sangat macam mana cerita sebenarnyer sebab aku pun dengar-dengar dari mak aku through phone. So mak cuma cerita isi penting-penting je la.

Latest I heard, dorang maybe akan buat kenduri sedikit sekali dengan bacaan Yassin untuk Wan pada hari Deepavali tu nanti. And aku macam tk boleh nk join sebab Hubby dah plan nak balik Melaka. Apa pun subject to change. Lagi pun kitorang pun dah lama sangat tak balik Melaka.

Apa-apa pun, aku dari sini hanya mampu berdoa semoga semua nya selamat untuk Wan dan untuk semua esp aku jugak yang bakal menghadapi surgery aku sendiri. Sebab tu la aku pun tk de perasaan sangat nk respond macam mana. Sebab aku pun ada penyakit aku sendiri yang mana tak semua orang tahu macam mana aku terpaksa hadapi nyer setiap hari...