Tuesday, March 22, 2011

honey, please blame the hormone part 1

Alhamdullillah, hari ni dah masuk 14 minggu pregnancy aku. Setakat ni alhamdullillah tak de apa2 yang serius lagi. kalau ikutkan minggu sepatutnya minggu ni aku dah start second trimester tapi aku kira diri aku blom masuk second trimester lagi. kalau baca second trimester should be the best trimester. suma nausea segala ngantuk dan letih suma berkurangan tapi malangnya bagi aku, i'm getting worse.

tapi kira aku sudah ada tenaga dan semangat sikit la nk update blog yang dah lama aku abaikan ni.

Dulu-dulu masa aku belom preggy wajib la hati kecil aku sentiasa berangan bila la aku akan preggy. lepastu setiap kali aku tertengok org preggy aku akan tertanya-tanya dalam hati, mudah nya dia preggy, macam mana dia bleh preggy and one stupid question : preggy should be happy sebab bakal dapat anak tapi kenapa tgk muka org preggy macam tak sanggup je... and now i know why their face is like that...

bila org-org yang susah preggy macam aku, we like to create such fantasy tentang pregnancy. how are we gonna love it so much, seeing our tummy grow each month, being ngada2 while pregnant. and kita pun gain some knowledge about being pregnant either from reading of from some fellow frens yang penah atau tgh pregnant. dalam hati tergedik2 melonjak2 bila la aku nk rasa suma tu... but! there's but! the truth of being pregnant is not from reading or from fellow friends. of cause reading is good communication also good but no one dares to share you 100% about the truth of being pregnant. you will only find out about it when you are pregnant yourself.

aku pun tak sure kenapa org pregnant susah sangat nk ceritakan 100% pengalaman dorg pregnant sedangkan perkara tu adalah pengalaman yang unik. mungkin sebab org pregnant ni mudah hilang fokus, mudah terlupa dan adakalanya org tak tanya buat apa nk cerita kot hehehehe. tapi di sebabkan pengalaman tu adalah unik maka kita perlu ingat bahawa setiap orang mungkin ada pengalaman berbeza2 dan tidak sama. maka kita tk perlu la nk bersusah payah bersedia untuk kesemua kemungkinan yang bakal terjadi kepada diri kita.

well be prepare, buckle your seat belt please. im gonna take you on a journey - The Ugly Truth of Being Pregnant :

MUNTAH :
org slalu nyer akan cerita macam mana pengalaman dorg muntah2 awl pregnancy. setiap kali makan dorang akan muntah kan balik. tu memang sangat2 biasa kita dengar tapi adakalanya dorg lupa nk cerita yang kita akan muntah juga ketika tengah berus gigi di waktu pagi. paling tak suka bila tengah2 gosok rasa nk muntah tu sangat membuak2 membuat kan terpaksa gosok gigi semula kerana sambung berus gigi yang belom selesai and again muntah lagi huhuhuhu... untuk mengurangkan masalah ini aku suggest kan ubat gigi colgate total yang agak kurg bau minty yang mana akan membuatkan terasa nak muntah ketika berus gigi. muntah tu tetap ada tetapi sempat la nk tunggu smpai selesai berus gigi. masalah muntah ni bukan setakat ketika gosok gigi tapi adakala nya smpai setiap kali nk berkumur2 pun bleh jadi jugak nk muntah. maka kene la jaga-jaga bila nk masuk kan apa2 ke dalam mulut. salah satu tips untuk aku elakkan muntah melambak2 adalah, gosok gigi betul2 lepas bangun dr tido. jgn makan atau minum apa2 dulu. kalau nk amik wudhu pun kene tunggu perut tk berapa nk penuh. kalau tk memang melambak2 la muntah. ada org bg tips makan sekut kering bila bangun dari tido tapi aku memang tak leh buat mcm tu. aku dapat satu habit baru tak leh nk korek serdak2 sekut kering yang terselit celah2 gigi tu. kalau korek lg rasa nak muntah. n muntah pun akan berganda2 la keluar. maka bila berganda-ganda keluar lg lembik la rasa... huhuhuhuhu

PARANOID:
dear suami2 seluruh dunia, dari saat isteri tu di sahkan mengandung maka bersiap sedialah anda dengan segala rungutan dan apa2 je la dari isteri. bukan la nk menakutkan suami2 sekalian tetapi memang dah lumrah waktu ni PARANOID isteri akan berganda2 naik. kalau dulu isteri seorang yang mampu berfikiran positif kali ni dia takkan mampu nk kawal perasaan dia sendiri. masa awl2 pregnancy dia mcm ala2 paranoid bby tu sgt2 fragile. maka setiap apa yang dia buat akan dengan penuh hati2. segala makanan akan di teliti. kalau ada perkara2 yang terbuat akan mencederakan bby pasti dia akan menangis beria2 sampai bengkak2 mata. itu baru cerita pasal baby. jangan plak terkejut kalau tiba2 isteri menjadi queen control waktu2 mcm ni. kalau sebelum ni bila anda tak sempat nk angkat phone dia bleh wat selamba tapi waktu mcm ni dia akan gelabah semacam n call byk kali macam nk giler. layan kan aje la.

KENCING :
memang tak di nafikan hampir semua wanita mengandung akan mengalami kerap kencing. sampai baru je balik dari toilet terasa nak masuk balik. mungkin akan membosan kan para suami yang nk bawak isteri jalan2. skit2 nk berhenti g toilet. harap maklum je la dah memang lumrah nya macam tu. bukan nya apa tapi bila baby sudah membesar dalam rahim maka baby sedikit sebanyak akan menekan pundi kencing ibunya. maka kerana itu la pundi yang tersepit akan mudah terasa nak ke toilet. itu blom lg kira yg kene kencing kotor. time ni la ada ibu2 yang mengeluh terkena kencing kotor. di samping kerap terkencing2, sila amik perhatian ketika waktu kencing. sekiranya kencing berbau, warna keruh atau terlalu kuning, atau kadang-kadang dalam kencing terdapat mendakan, kencing sakit, sakit bahagian ari-ari mungkin anda terkena kencing kotor. aku sepanjang tempoh awal sehingga sekarang memang sentiasa kencing kotor. maka kene sentiasa standby air mineral di sebelah dan toilet memang menjadi bilik utama. ada petua yang mengatakan dengan meminum air barli boleh mengurangkan kencing kotor. tetapi kat sabah ni susah skit nk carik air barli. maka aku cuma minum air kosong atau 100 plus yang telah di buang gas. and not to forget... kencing2 ni sedikit sebanyak akan mengganggu waktu tido yg lena. anda mungkin terpaksa bangun di tengah2 malam berulang2 kali untuk ke toilet.

BAU-BAUAN :
ada yang cerita mereka tk boleh bau badan suami, ada yang cerita tak boleh bau masakan yang tengah di masak, ada yang cerita tak boleh bau sabun, minyak wangi dan sebagainya... sebenarnyer itu semua tergolong dalam bau-bauan. ini adalah kerana pada ketika ini deria bau adalah sangat sensitif. adakalanya sampai bau yang biasa pun menjadi luar biasa. macam aku selalu tk pernah terbau jiran2 masak time ni la segala bau menusuk2 ke hidung. kalau terasa bau tu sedap tk pe tp terasa bau tu seakan bau yg meloyakan. macam mana nk masak kalau bau masakan pun dah buat rasa mcm nk marah. masa aku dalam spital dulu bau makanan yang dia hantar rasa mcm sangat busuk sampai rasa nk buang makanan tu jauh2. tapi nk buat cm ner dalam spital. kang dorg kata giler plak masuk spital len plak. nk tak nk kene la tutup kn idung n suruh dorg amik balik makanan tu. tapi kalau bau yang wangi2 aku suka je wakakaka... nasib bek aku tk de masalah ngan bau badan hubby. cuma tk suka bau mulut dia je. slalu kene suruh dia gosok gigi esp lepas makan. adakalanya dia dengan baik nk cium pun aku tolak sebab bau mulut. tu blom cerita kalau bau jamban lg. sampai hubby kene flush 2-3 kali sebab aku kata dia buang air besar busuk. tp kalau aku buang air besar tk plak aku nk bising2 busuk. cuma kadang aku rasa aku pun buang air besar mcm melampau skit bau dr kebiasaan. apa lg jirus aje dengan air yang banyak. kalau bau makanan tu mmg kadang kala mematikan selera nk makan. oleh itu tunggu aje sampai makanan tu hampir sejuk baru la makan. pernah aku terbau nasik panas aku kata bau lipas wakakaka. waktu2 macam ni ramai la ibu2 mengandung membawa minyak cap kapak kemana saja. memang bau minyak cap kapak ni ada satu aroma yang menenangkan ibu mengandung. kalau dulu aku tk penah nk pakai minyak cap kapak sebab aku guna minyak yu yee cap limau tp skrg ni bau minyak yu yee tu rasa mcm busuk giler. tp nk wat cm ner aku tetap jugak guna minyak yu yee untuk mengurut badan yang mana nnti aku akan cerita kan kemudian. bau-bauan ni terpulang kepada individu. macam aku masa mula2 ngandung sebab hubby tak kasi minum kopi dapat cium bau kopi pun jd laa. adakalanya kita kene test try brg2 yang biasa kita bau untuk mengenalpasti yang mana sudah bertukar menjadi luar biasa.

PSIKO KE EH :
masa mula2 preggy dulu dalam 4-5 minggu preggy tu aku slalu buat lawak dengan hubby, setiap kali terasa macam alahan apa-apa aku cuma cakap "psiko je tu" konon-konon nk elak atau nk distract kan minda supaya jangan mengalah ngan alahan tu. masa mula-mula tu memang nampak macam berjaya. badan pun masih lagi segar dan sihat. masuk minggu seterusnya setiap kali terasa nak alahan hubby pun buat lawak "psiko je tu" masa tu mmg terasa macam nk lempang je dia sambil menangis, sampai nyer hati ckp mcm tu. ketika ini jiwa sudah mula menjadi sangat sensitif. badan pun sudah mula di kuasai oleh hormon. memang tak mampu nk jadi seperti dulu (sebelum mengandung atau mula2 mengandung) makin lama lawak "psiko je tu" harus di lupakan. kalau tak ada yang makan penyepak atau tido kat luar bilik. adakalanya ibu2 boleh mengawal adakalanya terpaksa mengalah. macam aku kalau bab emosi memang tak leh di kawal2. tp kalau bab makanan memang sentiasa terkawal. memang adakalanya teringin nk makan macam2 tapi sebenarnya masih byk lg makanan yang boleh di makan bg merubah selera. cuma kalau tahap sampai terliur tu elok makan aje la benda tu. cuma jgn la makan yang pelik2. keinginan perkara yang lain pun adakala nya datang secara tiba2. sebenarnya tidak semua perkara adalah psiko atau mainan minda semata-mata ada beberapa perkara yang sebenarnya di luar kawalan minda. perasaan sensitif, marah, mimpi yang pelik semuanya di luar kawalan minda. ini mungkin di sebab kan hormon rush yang berlaku dalam badan. so kalau agak2 nk psiko je tiba2 tu, duduk dan amik masa sebentar... tarik nafas dan alihkan fikiran kepada perkara-perkara yang lebih menarik seperti pakaian baby. sebenarnya bila fikirkan tentang pakaian baby boleh membuat kan ibu2 tersenyum sorg diri sambil membiarkan angan-angannya membawa dia jauh entah ke mana-mana...

bersambung...

1 comment: