Thursday, March 24, 2011

Honey, please blame the hormone part 2

sambungan yang kita bebelkan haritu : The Ugly Truth of Being Pregnant

BREAST :
seperti dalam web-web lain sumanya tulis mcm mana kawasan puting semakin membesar dan semakin gelap. ini adalah kerana untuk memastikan warnanya dan saiz cukup untuk baby breast feeding. Untuk orang yang asalnya memiliki dada yang kecil waktu-waktu macam ni adalah peluang untuk merasa seksi dengan dada yang besar. but! there is price to pay. you have to bear the joy and pain. 1) anda perlu membeli bra baru yang mungkin 1 hingga 2 saiz lebih besar dari normal saiz, 2) sakit yang teramat ketika membesar, 3) anda hilang seksi ketika membuka baju (tp kelihatan seksi dalam bju). sekiranya anda seorang yang fan of push up bra waktu-waktu macam ni lupakan je dengan push up bra. you need no more push up coz no push up pun cleavage dah terserlah dah. your breasts need space and you need comfort. Maybe ada yang mula rasa tk selesa dengan wired bra. oleh itu carilah bra yang selesa. bab sakit tu memang tak leh nk buat apa. ada ketika ada yang sudah mula mengeluarkan susu. aku pun sentiasa sakit walaupun hanya di sentuh oleh kain/bju. dan warnanya yang semakin gelap itu membuatkan anda hilang keyakinan diri untuk melihat di cermin. betapa tidak seksinya anda ketika ini huhuhuhu...

MAKAN :
before being pregnant kita slalu dgr org kata makan untuk 2 orang. dalam fikiran kita mungkin pk makan 2 kali ganda banyaknya dari biasa atau makan tak henti2. stop! tk semua orang sama dan tk semudah itu. bagi aku trimester pertama adalah masa tak boleh makan apa-apa. selera tertutup. bukan la tak pk pasal baby dalam perut yang kelaparan tapi bila baru je makan 2-3 suap perut sudah rasa senak. selera automatik tertutup dengan sendiri. itu belom cerita lagi dengan perubahan selera yang tiba2 makanan biasa pun tak boleh nak telan. memang sangat-sangat menyusahkan waktu ni. sang suami plak risau sebab isteri dr td tak nk makan apa-apa. macam-macam di buat untuk menaikkan selera makan tetapi langsung tk memberi kesan apa-apa. ada yang hilang selera apabila terbau makanan, ada yang hilang selera akibat rasa mual yang teramat. maka ramai la yang hanya makan benda-benda yang mereka rasa "mampu di makan". ada yang makan maggie, aiskrim dan sebagainya yang adakalanya kita rasakan kurang berkhasiat. oleh itu pengambilan ubat vitamin yang di berikan oleh doktor amatlah perlu demi memastikan ibu dan anak mempunyai cukup khasiat. test try makan apa yang mampu dan sekiranya tidak jangan paksa diri. cuba makanan lain sehingga anda tetap makan walaupun sedikit. bukan apa nk makan ubat pun kene jugak la perut tu berisi. jangan harapkan ubat saja. kalau harapkan ubat je lebih baik duduk je di spital. wajib mereka masukkan drip dan inject ubat. tak makan pun tak pe (kot hehehe).

MINUM :
air sangat penting, terutama bg ibu-ibu yang mengalami muntah-muntah. dan air yang terbaik adalah air kosong. air manis-manis perlu di kurangkan bg memastikan tidak mengalami kencing manis ketika mengandung. tapi bg aku plak kalau selama ni sebelum preggy aku mampu minum air kosong suam, tapi waktu mengandung ni aku tak boleh nk terima air kosong suam. bila minum terasa loya, pahit dan payau je tekak ni nak telan. boleh juga mengakibatkan rasa macam nk muntah. maka aku bertukar ke air sejuk. ketika air sejuk tu lalu di tekak terasala sangat nikmatnya. padahal sebelum ni aku memang anti dengan air sejuk. setiap kali makan kat luar je aku minum air limau ais. air kosong makin kurg dii ambil sebab rasa payau yang tak leh di tahan-tahan. sampai mak aku pun perasan aku akan buat air oren setiap kali nk makan. air oren tu wajib letak air batu tapi aku tk masukkan gula sebaliknya aku gantikan dengan madu. pergh sedap giler minum oren madu atau ribena madu. tapi kene la lepastu flush balik dengan air sejuk berbotol-botol takut kene kencing manis yang mana doktor akan monitor sentiasa. apa yang penting pasti kan minum secukupnya kerana air memang sangat-sangat perlu terutama pengidap kencing kotor dan muntah-muntah. ia juga perlu kerana nanti ibu-ibu bakal mengalami sembelit... urghh!

TIDOR :
tk kira la mengandung ke tidak ke, badan memerlukan tido yang cukup. preggy lg sgt2 memerlukan tido yang cukup. di trimester pertama ni, perasaan sangat-sangat mengantuk, malas dan sukar fokus sebab nk tido tu sentiasa ada. so sesiapa yang suka jd kelawar malam-malam ni kurg2 kan lah aktiviti malam dan berehat je la kat rumah tu. memang kalau kira dari waktu mula tido hingga ke waktu terjaga dari tido tu cukup tapi jangan lupa masa yang terpaksa di guna ketika bangun di tengah-tengah malam untuk kencing, dan selepas tu terkebil-kebil sorang-sorang nak tido balik. ada yang tahap kronik boleh terjaga waktu tengah mlam dan muntah. ada yang terjaga kerana mimpi pelik. ada yang terjaga tengah malam kerana lapar, dan ada juga yang terjaga tanpa sebarang sebab. semua ni adalah di sebab kan hormon yang mengambil alih badan. maka sebenarnya waktu tido yang di kira cukup dengan kadar quantiti tu bukan la tidor yang cukup dari segi kualiti. maka ubah la tabiat tido dan mula tido lebih awal untuk mendapat tido yang cukup dan berkualiti. pastikan makan di awal waktu malam dan makan ubat serta jangan minum terlalu banyak ketika hendak tido. walau pun sebenarnya waktu makan ubat tu dah kene minum dengan banyak sebab ubatnya memang la sangat2 banyak dan besar2 sehinggakan terasa macam nk tercekik je kalau tak cukup air.

bersambung...

No comments:

Post a Comment