Tuesday, April 5, 2011

Honey, please blame the hormone part 3

Can I be PREGNANT and STAY SEXY?

my answer is NO!

masa mula2 preggy memang la berangan nk comei2 n seksi la konon (bkn la pakai bju seksi tp nampak ranggi la) tapi sangkaan aku meleset sama skali bila dah pregnant ni.

MUKA - JERAWAT :
di sebab kan oleh hormon yang mencurah2 bak ke ladang gandum, jerawat pun naik dengan banyaknya seperti di puja2 plak untuk timbul. oh no! dapat plak jenis jerawat yang degil. and for sure time mcm ni skin care sangat la perlu2 di titik berat kan kerana too much chemical is not good for mommy and baby. so pada waktu2 macam ni jenis2 skin care yang ala2 BML, entah hapa2 visage adalah tidak di galakkan. tapi perlu di ingatkan tk kira macam mana pun anda mencuci muka, guna pencuci muka apa pun ia tetap akan keluar sebab hormon. so anda perlu pastikan anda sentiasa mencuci muka. ada rencana mengatakan penggunaan estrigent atau pun toner pun tidak di galakkan. tapi pelembab bleh plak. ini kerana ada kalanya wlupun berjerawat tetapi muka mudah menjadi kering. waktu ini kulit muka akan sgt sensitif kerana itu skin care yang harsh adalah tidak di galakkan sebalik nya boleh bertukar kepada skin care yang bersifat lembut, dermatology tested n sesuai untuk kulit sensitif contoh nyer; dermalogica, clinelle, simple dan len2 yang di katakan kurg bhn kimia.
pada waktu mengandung ni ada juga yang tidak di tumbuhi jerawat sebalik nyer di tumbuhi bintik hitam seperti jeragat. ini lagi masalah yang rumit. tp jangan risau kerana ia bersifat sementara. selepas kelahiran semuanya akan hilang.

RAMBUT :
kalau org kata rambut hantu mak limah tu macam mak lampir, macam tu jugak la rambut aku skrg ni hahahaha. jenuh la pakai segala macam shampoo nk kasi rambut lembut beralun kemas tapi segala2 sia2 je. rambut menjadi kering dan tidak terurus. wlupun dah di sikat, di cuci, di conditioner kan tp tetap serabai mcm hantu mak limah jugak. jadi penyelesaian nyer - ikat aje rambut ni. ada yang pula mengalami masalah rambut gugur. kerap kali dengar masalah rambut gugur sehingga botak. tp rambut aku tk de la mengalami masalah gugur yang serius. cuma gugur ketika mencuci rambut je yang aku kira normal lagi. tapi kalau rambut aku gugur pun aku suka jgk sebab rambut aku dalam kategori extra lebat.

BULU-BULU :
hahaha macam kelakar je tajuk kan. bulu-bulu atau berbulu. jangan terkejut kalau dalam waktu pregnant ni tiba2 anda mendapati bulu-bulu lebih cepat dan lebat tumbuh. sila perhatikan btul2 mungkin anda juga telah di tumbuhi dengan misai halus. eiii macam ngeri je kan. haaa itu la penangan hormon. bagi yang selalu membuang bulu anda terpaksa membuang dengan lebih kerap. jangan ambil mudah, hampir semua orang mempunyai bulu ketiak dan bulu ari2. maka terpaksa la rajin skit membuang bulu waktu mengandung ni. oh ya! pesanan kawan aku, nanti dah dekat due cuba la apa yang mampu untuk membuang bulu ari2 kalau tak malu je bila doktor yang tolong cukur kan hehehe.

BENTUK BADAN :
yang ni kalau nk seksi jugak tatau la. walaupun breast akan semakin besar dan membesar (seksi la tu kan) tapi perut juga semakin besar dan besar. di ikuti dengan punggung. maka semuanya akan membesar. maka entah dekat mana yang boleh seksi nyer? semuanya akan mengembang dan ke seksi an bentuk badan yang macam kerengge dah bertukar menjadi tempayan. kalau dulu bleh pakai baju adik2 (istilah baju kecik dan ketat) skrg ni dah kene pinjam baju suami (itu pun klu suami badan nyer lagi besar dr isteri). jangan terkejut kalau aku ceritakan aku pernah pinjam seluar jeans adik lelaki aku (yg lebih besar dari aku) sebab seluar aku dah tk muat. pada saat bentuk badan pun berubah ini lah ada yang terpaksa menerima nasib yang sedih di tinggalkan suami atau pun suami pandang perempuan lain. memang sedih la kalau macam tu. sepatut nya saat macam ni suami kene la sama-sama melaluinya dan mendidik diri demi anak yang bakal lahir. tapi Alhamdullillah dan InsyaAllah Hubby aku tk mcm tu. mintak-mintak la jauh kan. namun begitu aku sering jugak la melawak dengan hubby tentang body yang dah tak seksi ni tapi hubby balas dengan senyum sambil jawab mudah "memang la dah ade baby". tapi ini juga bersifat sementara, bg yg rajin jaga badan la. kalau yg tk rajin jaga badan ini akan bersifat kekal hehehe paham2 sendiri sudah. sebenarnya yang bertambah dalam badan tu di panggil baby fat yang mana boleh di kurg kan dengan diet lepas bersalin dan amalan2 selepas bersalin. harap2nya aku rajin la lepas bersalin nanti untuk kurus kan badan aku ni hehehe.

KUKU :
waktu mengandung ini juga kuku dia katakan lebih cepat tumbuh berbanding waktu2 biasa. jadi untuk kesihatan diri kene la rajin membasuh tangan dan mencuci di celah2 kuku dan rajin-rajin memotong kuku. untuk kuku kaki menurut pengalaman kawan aku waktu perut dah boyot sangat nanti agak susah jugak nk potong kuku kaki... hmm rajin ke nk suruh hubby tolong potong kan? ke kene pg buat temujanji dikedai pedicure? ikut mana yang selesa la kn.

JERAWAT BADAN :
satu lagi masalah yang susah jugak nk carik penawar. badan di tumbuhi jerawat merah2 di bahagian dada dan belakang. aku mengalami masalah ni dengan agak teruk juga dan adakalanya dia sangat la gatal. buat masa ni aku baru cuba menggunakan sabun mandi jenama sebamed untuk menghilangkan jerawat badan tu tapi belum nampak lagi kesan nya. janji dapat hilang rasa gatal tu pun dah cukup kot. sangat rimas bila berpeluh2 dan gatal di tempat2 yang "susah" nak garu di khalayak ramai hehe.

bersambung...

No comments:

Post a Comment