Wednesday, April 13, 2011

Honey, please blame the hormone part 4

Banyak btul cerita bersiri ni ek. kalau nk tulis sekali memang panjang berjela-jela. ye la masalah-masalah org mengandung ni kan banyak sebenarnyer. itu pun aku masih lg mengumpul kan maklumat skit2 dari kenalan2 serta dari bahan-bahan bacaan untuk di kongsi kepada semua. well cerita kita hari ni seperti biasa perkara2 yang tak di jangka waktu pregnant...

MUKOS - KEPUTIHAN :
walaupun dah memang kompom sah mengandung tetapi anda mendapati anda mengalami keputihan yang banyak macam anda bakal datang bulan tak lama lagi. lagi merumitkan kalau keputihan tu plak yang jenis gatal; di jangkiti kulat. kalau dah tahap gatal tu patut kene pg jumpa doktor je. masa aku mula2 kena memang la sangat-sangat tak selesa esp keluarnya tak menentu waktu. jadi terpaksa la pakai pantyliner. seperti biasa kene rajin menukar seluar dalam bg mengelakkan dari terkena jangkitan yang boleh memudaratkan.

MUKOS - HIDUNG :
kalau dah kat hidung apa lg kan, hingus la. tk pernah2 hingus banyak tiap-tiap hari tiba2 plak bleh banyak tiap2 hari smpai jadi rutin pg mencuci hidung sebab hidung dah penuh dengan hingus yang telah kering. sampai rasa hidung ni dah nek kebas dah sebab asyik mengorek hidung dan membuang hingus. nak kata selsema tk jugak tapi memang hingus tu sentiasa ada. paling tk selesa kalau sampai tersumbat hidung waktu nk tido malam. rasa mcm nk pakai pelekat hidung breath-right je. macam aku ni bukan setakat hidung berhingus je kadang-kadang smpai hidung berhingus bercampor dengan darah berketul2. agak lama jugak la keadaan macam ni. sampai kehamilan dah masuk minggu ke 16 baru la berkurangan sedikit demi sedikit. Mula-mula tu risau la jugak sebab hingus berdarah tapi dari maklumat apabila masuk je trimester kedua pembuluh darah semakin membesar maka tekanan darah bertambah. antara pembuluh yang membesar adalah di bahagian hidung. sebab tu mudah mengalami hidung berdarah. tapi aku bukan la jenis yang berdarah meleleh2 tu cuma setiap kali mencuci hidung mesti ada ketul-ketul darah kering.

MUKOS - TEKAK :
aduh... dah la ada yang kene batuk-batuk... skali pakej plak dengan kahak. risau plak kan dah la nak makan ubat batuk pun takut-takut je. ye la waktu-waktu pregnant ni tk leh nk makan ubat sebarangan. so kene la rajin mencuci tekak dengan minum banyak air. ubat yang paling bgus - MADU LEBAH. berkesan ke? memang berkesan tapi manis nyerrrr la kn hehehe.. telan je la. wlupun batuk dah kurang atau hilang tapi tekak masih sentiasa rasa berkahak/berlendir huhuhu...

MATA :
dah cerita pasal hidung, tekak / mulut, kene la cerita jugak pasal mata. mata tk de la nk kata ade mukosa mcm hidung ngan tekak tu, cuma mata ni mudah la nk keluar air mata hehehe. tu sbb hormon je. manjang la sedeh nyer. tp kita bukan nk cerita pasal sedeh tapi kita nk cerita pasal masalah mata. jangan terkejut kalau tiba-tiba menjadi rabun ketika mengandung. memang agak menyukarkan jugak sebab tak nampak. aku masa aku mula-mula perasan mata ni kelabu masa menonton tv smbil mengereng. nampak semuanya berdouble-double. lepas tu kepala pun terus jadi sakit berdenyut-denyut. 3-4 hari tak nk hilang sakit kepala tu. bila pg check mata, kompom rabun tapi rabun lain kiri lain kanan. tu yang nampak berdouble-double tu. kalau nk tengok kene pejam sebelah. puas jugak la pk macam mana nk atasi masalah ni sebab orang yang jual spek tu cakap ni cuma bersifat sementara. takkan nk rabun meraba-raba je kan. paling tk selesa terpaksa mengalami sakit kepala sebab otak terpaksa berkerja keras untuk stabil kan penglihatan yang tk sama. sebabkan dah tak tahan sangat maka aku pun suruh la hubby pg carik eye mask. mula nyer nk suruh carik yang ala2 topeng mask of zorro tu je. bleh la pakai tiap2 malam sejuk kan mata ni tapi kebetulan tk ada plak stok kat sini. so pakai je la jenis tepek yang macam topeng muka tapi dia kecik je untuk bawah mata tu. mmg tk puas pakai sebab kita sakit satu mata bukan bawah mata je. ada belen-belen krim dia tu sapu kan aje sekeliling mata. sejuk je rasa. esok nyer kepala dah rasa ringan sedikit dan mata pun dah tk seteruk sebelum ni. mungkin klu guna timun pun bleh jugak kot hehehe cuba la. ye la kita mungkin tak perasan yang setiap hari mengadap komputer ni boleh menyebabkan keletihan pada mata maka berilah mata anda masa untuk berehat dan anda akan rasa lebih selesa.

nak cerita apa lagi yea? rasa nyer macam dah byk jugak la aku dah masukkan. mungkin aku akan masukkan lagi kalau aku teringat. buat masa sekarang ni ini je yang aku mampu terpikir. kalau aku jumpa lagi mana-mana atau aku sendiri alami lg pengalaman apa-apa aku akan tuliskan untuk di kongsi lagi...

No comments:

Post a Comment