Tuesday, April 19, 2011

Week 18, phew what a relieve...

jeng jeng jeng...

macam mencurigakan tiba2 aku nk update blog ni after lama ber"coti-coti"an. Bukan la sebenarnya tiba-tiba je nk buat aktiviti mengupdate ni sebenarnya niat tu da lama dah cuma masa dan keadaan yang tidak berapa mengizinkan. mcm byk plak alasan aku kan hehehe memanjang je keadaan tak mengizinkan hehe.

after last time aku kene gastrik tahap gaban sampai aku kene tahan wad dulu, again aku kene gastrik lg on 3 April 2011. malam tu aku dah menangis2 dah sampai aku terduduk dekat tepi katil helplessly. Hubby tgk aku dia pun kesian sgt2 last2 dia ajak aku pg jumpa doktor jugak kat klinik area KK ni. wlupun kitorg tatau mana klinik nk pg n jam plak masa tu dah pukul 1 pg. tanya je la kat lobby hotel tu nearest 24 hours klinik. that time hujan lebat giler2 plak n kitorg pg nek teksi je sbb tatau jalan. tk sampai baper menet dah sampai kene RM15. mak aiii mahal nyer tambang. masuk-masuk je wat muka toya nk menunjukkan btul2 sakit hehehe. tk de org pun yg ade cuma misi n doktor je. dah daftar terus dpt masuk jumpa doktor. lepas ckp dgn doktor aku sakit perut n i'm pregnant terus doktor tu suruh buat ultrasound. masa buat ultrasound ni aku tk dpt nk tgk pun sbb aku dah la tgh sakit n monitor tu plak agak jauh dr pandangan mata - tk larat aku nk dongak kan kepala aku nk tgk. Hubby je dpt tgk. doktor tekan2 perut aku n tanya kat mana aku sakit. dia kata perut masih lg lembut. lembut?? kadang aku rasa mcm keras smacam je perot aku dia kata lembut. lepas tu kene wat urine test. lepas tu masuk balik bilik doktor.

doktor ckp mybe gastrik - mmg aku dh agak dah pun. dia kata urine aku fine tk de apa2 masalah. mybe sbb sblm pg klinik tu dah berapa botol air aku dah telan. tp dia galakkan kitorg pg hospital utk further check up. lg pun dia kata klinik brg2 suma nyer limited so dia kasi ubat gastrik. n aku balik n mkn ubat dgn harapan akan cepat baik tp tk mau baik2 jgk huhuhhu... dlm sakit2 sempat aku tanya ngan hubby aku tgk bby td dia ok tk? hubby kata bby ok, dia tgh aktif bergerak2. lega skit ati aku. dalam hati aku risau mcm nk gila klu setiap kali aku sakit. apa la nk jd ngan bby aku. masa tu mmg rasa nak nangis je - dah nangis dah pon wakakaka. sambil2 tu doa byk2 supaya bby sihat n selamat... my precious...

again...
on the 17 aku kene serangan lg. but tatau sama de gastrik or angin kus kus. on the evening masa tu aku tgh lepak sorg2 melayan baby coz hubby bleh plak tertido time2 mcm ni... tiba2 aku terasa kepala aku pening yang mencucuk2. pelik jgk. aku pun nk baring kan la diri aku ni. lepas tu terasa sejuk seluruh badan aku. ptg2 mcm ni aku bleh plak nk bergulung2 dalam selimut. tk leh tahan sgt dgn sakit kepala aku, aku saja basah kan kepala aku. mungkin sbb td kene hujan kot. makin lama sakit mencucuk2 tu berjangkit ke rahang bawah. aik??? takkan sebab aku dah tak minum susu gigi aku da sakit kot. aku pun berguling2 kebodohan sakit apa plak ni... lepas tu aku semakin sesak nafas, sendi aku mula sakit mencucuk2, dada n blakang terasa sangat sakit mcm di tekan, kerongkong terasa panas smpai aku rasa kene bernafas guna mulut. sakit apa ni?? aku pun makan la ubat arang tu kot2 la angin lg ke. lepas tu slow2 aku makan roti potatoe yang ada... tk lama lepas tu aku muntah kan balik.

hari dah masuk malam, tp sakit aku tk kurg2. hubby tny nk makan apa tp satu apa pun aku da tak lalu tp aku request jgk bee hoon sup kot2 la bleh telan kn. skali tk leh telan jgk. aku buat2 tido tk bleh jgk. kitorg pg klinik hari tu n doktor tk plak ckp aku sakit apa. cuma dia kasi aku ubat based pada sakit aku tu. lepas makan panadol, ubat arang lg skali aku pun standby atas katil. kali ni aku amik headphone tu letak kat bby kasi dia plak yg dgr mengaji tu. entah bila aku pun tk sedar aku tertido dgn headphone kat perot. aku terjaga tgh mlm mcm biasa nk g toilet. bru la aku cabut headphone tu n tdo mcm biasa...

not so exciting event kn? sbb tu la aku jarang sgt dpt memblog kn diri... so skrg ni aku dah tukar menu aku. dulu sarapan aku minum milo skrg aku dah tukar ke holicks with nestum. ni nk kasi aku kenyang. kadang ada roti kadang ada biskut. tgh hari depends la nk makan apa. right now aku kene consider mengabihkan sup cambells yang berlambak2 tu. n not to forget buah... lepas tu skrg ni aku dah start makan madu balik oohh yyeess!!!!

makan madu ni ade satu masalah len plak hehe - aku akan rasa lapa all the time. most of my time aku akan guna kan untuk melilau kiri kanan bilik nk makan apa lepas ni hahaha. non stop hungry! lepas tu the thirst... berlambak2 aku minum n berlambak2 jugak la aku ke toilet hehehe. sejam skali wajib toilet tu aku lawat. n the baby plak semakin aktif dalam perut. sekejap2 terasa dia berguling2 la mencucuk2 aku la. geli geleman pun ada. tp bila aku tegur je terus dia diam hahaha majuk ke ingat mama dia marah dia guling2.

kadang2 terasa rindu jgk nk tgk bby kat skrin ultrasound tu tp sabo kn diri je la minggu depan ada appoiment dh ngan doktor. time tu leh tgk puas2 bby aku ni. n hopefully time tu aku leh tgk gender dia. dia asyik nk nyorok2 je smpai susah aku nk pk nk readykan set kaler biru ke kaler merah...hubby plak skit2 kaler biru. mcm confident je hahaha. ok la nk lelap kejap... dr td asyik menguap je huarrghhh!!!

No comments:

Post a Comment