Sunday, October 24, 2010

October 24, 2010 - A visit to Putra Medical Center

Seperti appoiment aku sebelum-sebelum ni, aku dah standby apa-apa yang patut untuk di bawa. My Ultrasound, previous report from Pusrawi, reffer letter from klinik Dahlia and not to forget my Putra Med Card. Harapan masa pergi tu agak tinggi menggunung dapat jumpa dengan Doktor Nazri. Tapi bila sampai je kat papan doktor bertugas tak de pun nama Dr Nazri. OMG! Doctor on duty hari tu cuma Dr Zarul. Oh man...

Aku pun tebalkan muka tanya kat reception tu Dr Nazri bila bertugas. Nasib baik reception tu ramah mesra. Dia kata Dr Nazri pergi mengerjakan Haji. Maybe dalam sebulan baru balik... Oh no! Aku saja je datang hari Ahad sebab nak jumpa Dr Nazri malangnya Dr Nazri tk de. Kalau aku tau boleh je aku datang hari Sabtu jumpa Dr Ratna. Things wont be this complicated. Sekarang ni aku kene jumpa doktor baru yang aku tak pernah jumpa sebelum ni, lepas tu kene terangkan semula satu persatu masalah aku. And for sure... lama lagi la appoiment aku for laparoscopy aku kene tunggu. Aku tanya Hubby, macam mana nak proceed ke atau nak balik. Tp Hubby kata teruskan je la dah alang-alang ni. Aku pun masuk semula register kan nama. Long queue, ada lg 11 orang sebelum aku... ngantuk giler, tido pun sempat... ZZZzzzz

Lepas dua tiga (too-many) tersengguk-sengguk mengantuk, tiba la giliran aku plak jumpa doktor. Dr Zarul nampak macam OK je. Bila aku duduk je kat kerusi pesakit tu, kepala aku mereka-reka ayat untuk aku mulakan semula cerita... Adeh lomah den! Tapi Dr plak yang break the ice. Bila dia belek je medical report aku terus dia nampak aku assignkan Dr Ratna as my Dr. Tp lepas tu aku jumpa Dr Nazri plak. Nasib baik dia tak tanya kenapa aku berubah Dr hehehe... phew! Lepas dah belek-belek dia beralih pulak dekat Blood Report aku. Nyata sekali aku tak tahu langsung pasal report tu sebab customer copy still ada dalam file and belom di serah kepada aku. Dr Zarul terus membuka cerita tentang Blood Report. Waa! aku tk perlu nak terangkan apa-apa! Lega!

Dia pun terangkan satu persatu Blood Report aku. Aku ringkaskan kat sini all my hormones apear normal except for Prolactin. OMG! my prolactin hormones was 143. Very high for a not-yet-a-mom. Masa Dr terangkan kat aku yang hormon ni akan meningkat tinggi jika kita menyusukan bayi aku dah start confius. How come? I'm not even a mother yet. Tapi Dr tu layan je aku and ceritakan memang ada possibilities untuk hormon ni meningkat walaupun tak breasfeed any baby. Dr tu terangkan lagi yang if High Prolactin, means my body sense a signal that I'm breastfeeding and I can't have a baby. My menses will not be regular, and semuanya macam tak seperti yang sepatutnya. Dr ada tanya if aku selalu sakit kepala. Aku pun bagitau je yang bulan ni memang sangat kerap pun. And as usual, Dr akan bagi tau early diagnosis. Sebabnya, selalunya semuanya di kawal dalam otak. Sekiranya prolaktin di rembes lebih dari sepatutnya ia mungkin di sebabkan oleh kelenjar di dalam otak yang mengawalnya bengkak. Ohhh... macam serius je bunyi.

So Dr pun cerita la flowchart apa yang dia akan buat kat aku... first dia tanya aku dah have my menses ke blom for this month. Aku jawab belom... and I'm late again as usual. So Dr kata test urine dulu. If I'm not preggy then dia akan kasi aku makan ubat untuk keluarkan menses aku. Ini untuk dia pastikan sama ada aku still having headache ke tak lepas period. Kalau aku still sakit kepala, dia akan proceed plak for BRAIN SCAN (aka MRI). What?! Brain Scan?? terasa mcm aku ni terlalu genius sampai kene scan otak aku haha! While i'm making fun with this flow, my Hubby calculating $$$... We both have our own way of dealing this. But meanwhile waiting for the menses to come, Dr supply aku with another drug : Dostinex. Apa kejadahnya ubat ni? Haaa.. drug ni adalah untuk mengurangkan susu dalam breast aku. Huh! rasa macam tak percaya je aku kene makan ubat ni. I prefer kalau dia bagi aku sorang baby untuk aku susukan. More natural hahaha. And aku kene makan anothe drug : Progynova. Ubat ni hanya untuk betulkan hormon.

After dah dengar panjang lebar penerangan Dr, korang mesti tertanya-tanya kalau aku ni boleh sembuh ke tak. Dr kata selepas aku Brain Scan nanti. Kalau betul masalah aku susah preggy di sebabkan oleh hormon prolactin tu je, dia akan supplykan aku dengan Drugs yang boleh stabilkan hormon-hormon aku. Dalam masa yang sama dia akan monitor aku. Until this part, you hear less about my cyst. Sebab Dr nak concentrate kat hormon dulu sebab tu berdasarkan Blood Test aku. And aku kene pergi for another test after aku period. huh! another visit... $$$ lagi. Dr pun dh agak kurang fokus kat cyst lagi sebab dia kata let the normal flow flush them out. So rasa macam sia-sia je aku mintak refer letter kat Klinik Dahlia.
My blood test report. Nampak tak dia highlight kat Prolactin tu?

Sedikit info tentang Prolaktin
[dipetik dari : http://portal.alamhamil.com/]

Apa itu Prolaktin?
Adalah hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari. Kelenjar kecil ini terletak didalam otak dan bertanggung jawap terhadap banyak proses proses fisilogi dalam badan anda. Ia ada pada lelaki dan perempuan dan di lepaskan pada masa-masa tertentu sepanjang hari dan malam. Prolaktin terdapat dengan banyaknya pada ibu yang menyusukan anak kerana ia adalah hormon penting untuk pengeluaran susu.

Perubahan Prolaktin semasa hamil
Prolaktin perlu untuk pembesaran payudara dalam proses pengeluran susu semasa hamil. Hormon estrogen pula boleh meninggikan lagi pengeluaran hormon ini. Apabila bayi lahir, stimulasi yang berlaku pada puting susu akan menyebabkan prolaktin dirembeskan dengan banyak sekali untuk menambahkan lagi pengeluaran susu.

Prolaktin dan kesukaran hamil
Prolaktin bukan sahaja membanyakkan pengeluaran susu, tapi ia juga memberi kesan kepada ovulasi dan kitaran haid anda. Itulah sebabnya agak sukar bagi ibu menjadi hamil sekiranya dia menyusu secara eksklusif semasa 6 bulan pertama.

Prolaktin menyekat pengeluaran 2 hormon penting ovulasi iaitu FSH dan GnRH. Kedua hormon ini yang bertanggungjawap menolong tumbesaran telur dalam ovari. Sekiranya anda mempunyai prolaktin yang berlebihan dalam badan, ovulasi tidak akan berlaku dan anda tidak akan hamil. Prolaktin juga boleh menyebabkan anda kitaran haid anda terganggu.

Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk hamil dan dalam masa yang sama mempunyai masalah tiada haid, anda mungkin mempunyai prolaktin yang berlebihan atau hyperprolactinaemia. Tahap prolaktin boleh diukur dengan senang melalui ujian darah. Tahap yang normal ialah diantara 30-600mIU/l.

Tanda-tanda Hyperprolaktinimia
- Keluar susu dari payudara
- Payudara bengkak dan sakit
- Haid yang tidak teratur atau tiada langusng
- Kurang nafsu
- Sukar hamil
- Sakit kepala
- Kabur penglihatan

Sebab-sebab prolaktinaemia
Prolaktinoma

Ialah sejenis ketumbuhan yang tumbuh didalam kelenjar pituitari dan merembeskan hormon secara berlebihan dalam badan wanita yang mengalami masalah prolakinaemia. Selalunya ia tidak membahayakan selain dari menyebabkan wanita menglami masalah kesuburan, tetapi kadang-kadang,ia boleh mempengaruhi penglihatan.

Ubat
Beberapa jenis ubat boleh menyebabkan prolaktin dikeluarkan dengan banyak. Sebagai contohnya, beberapa jenis ubat antikemurungan, ubat penahan sakit, ubat darah tinggi dan dadah boleh menyebabkan kenaikan paras prolaktin.

Hypothyroidism
Remesan hormon prolaktin yang berlebihan juga boleh berlaku kepada mereka yang mengidap hypotiroid, keadaan dimana terdapat kekurangan pengeluaran hormon tiroid.

Lain-lain sebab
Kehamilan, menyusu badan, rangsangan pada puting juga boleh meninggikan prolaktin dalam badan tetapi ini adalah normal dan semulajadi dan tiada kaitan dengan sebarang penyakit.

Diagnosa
Ujian darah tahap prolaktin yang tinggi menunjukkan yang anda mengalami hyperprolactinoma
Tetapi doktor juga mungkin menyarankan beberapa ujian lagi seperti:
- CT/MRI otak untuk melihat samada ketumbuhan terdapat pada kelenjar pituitary.
- Ujian penglihatan: untuk memastikan anda tidak mengalami komplikasi penglihatan

Rawatan
Rawatan selalunya mengunakkan ubatan seperti Bromocriptine untuk mengurangkan tahap prolaktin dalam darah. Bila prolaktin kembali normal, ovulasi akan berlaku dan haid anda akan datang dengan sendirinya. Walaubagaimanpun, sekiranya ia terlalu tinggi dan disebabkan oleh prolatinoma, doktor akan menyarankan pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut.

6 comments:

  1. finished!!
    tapi agak2 x berapa nak paham - dn kepala aku yg penning ni + pening ...
    aku nye emosi amat2lah terganggu lately ni -
    its started after i knew that im not preggy as im really hope....im so sad....
    :(

    ReplyDelete
  2. tenang.. jgn sedeh2 n jgn depressed. aku pun kadang bila teringat aku sedeh jgk. tp mcm aku kata aaa we are not alone in this world. ramai lg macam kita. so aku jdkan blog ni tempat luah kan perasaan aku, and at the same time aku share maklumat utk org lain yang sama nasib dengan aku.. jgn sedeh2 key

    ReplyDelete
  3. yg aku paham ko x leh preggy sbb prolactin tuh laa...hmmm....smg semuanya akan berakhir...amin...Zira goes to u too...insyallah...

    ReplyDelete
  4. harap2 perjalanan ni makin mudah dan tk semakin sukar la ek... aku pun harap zira mcm tu. tp aku risau gk klu smpai kene brain surgery wwuuuuu... tebuk tang len aku tk risau tp tebuk tang pala aku risau skit aaaa

    ReplyDelete