Saturday, October 30, 2010

Saturday the Sat-u'r-day

Selepas hampir seminggu aku duduk kat umah mak, baru lah hari ni aku dapat tengok rumah aku balik. Mengucap banyak-banyak hehe. Biasalah kalau lelaki yang duduk kat rumah. Bukan nyer dia ada masa pun nak kemas rumah. Selasa hari tu dia pergi outstation ke Melaka. Sepatutnya Rabu dia kene pergi Kerteh tapi tiba-tiba canceled. Tapi nak buat macam mana. Takkan dia nak amik aku dari rumah mak. Lagi pun aku ada tujuan pun duduk Klang hampir seminggu tu. Setiap hari aku keluar bershopping barang-barang untuk Birthday Bash BEN10 tu. Nanti aku update cerita birthday bash tu kemudian.

Aku ingatkan Saturday n ink kemas rumah la. Tapi awal-awal pagi lagi Hubby dah suruh kitorang (aku and adik aku-Anis) mandi and bersiap-siap. Walaupun kepala aku still rasa pusing-pusing sebab tido lewat balik dari jumpa Ustaz, tapi nak tak nak kene jugak la ikut.

Sepatutnya memang kitorang dah rancang nak keluar hari ni. Nak pergi Armcorp Mall kat PJ. Nak pergi servis kamera Canon aku tu. Lepas ni kan nk guna banyak-banyak sebab nk post picture dalam blog. So kene la service. Lagi pun habuk dalam tu dh macam bleh di timbang dah. Untuk memastikan performance dia tip top kene la keluarkan modal skit.
Aku cuma nak share alamat kedai tu je

Lepas dah hantar sevice kat kedai JOne dalam Armcorp Mall tu kitorang pusing-pusing la kat flea market dalam Armcorp Mall tu. Masih macam dulu. Cuma kali ni bukan setakat barang-barang antic je ada jugak barang-barang moden macam henpon terpakai, PDA terpakai yg di jual dengan harga RM100-300 je. Nasib baik aku jenis yang tak guna benda-benda mcm tu. Kalau tak memang aku kaut satu.

Lepas dah pusing-pusing ½ Armcorp tu, kitorang pun bergerak ke Low Yat plak. Aduh! Adik aku sorang ni cakap nk carik beg untuk laptop dia pulak. Memang kacau je nk window shopping. Tapi seb bek Low Yat tu favorite place Hubby aku. So dia memang la sangat-sangat setuju kalau kitorang bergerak ke Low Yat.

Sampai kat Low Yat kitorang pun berpusing-pusing dulu kat level Handphone. Saja la nak tengok handphone kegemaran aku tu dh turun harga ke belom. Bukan nyer nak beli lagi pun. Just nak tengok-tengok je. Tup-tup Anis nak beli handphone plak. Haiya! Ini budak!!! Last handphone dia pakai smpai sekarang ni handphone yang aku beli untuk hadiah sempena dengan good result 9A for PMR. Suppose Handphone tu aku nk belikan untuk aku as gift 1st bonus masa kerja kat SJM dulu. Tapi malang nyer bukan rezeki aku. Tapi lama jugak la handphone tu bertahan. Maklumlah body dia besi. Pusing punyer pusing last-last dia berkenan ngan Nokia C3 tu. Tapi pusing kedai original suma tk de stok. Kalau kedai-kedai apek AP tu banyak la stok. Tapi rege kat kedai Apek AP suma RM550. Kalau kedai Nokia original RM520. Agak-agak korang beli kat kedai mana lagi untung? So aku stick to beli kat kedai Nokia original. Konon la nak merasa original set hehehe. Tapi jenuh pusing suma tak de stok. Tk de rezeki lagi. Anis pulang dengan hampa sebab tk dapat Handphone, tapi dia sempat la beli beg laptop yang comei dengan harga RM45 hengget.

Asyik cerita anis shopping beg and handphone dia. Aku shopping apa? Hehehe aku window shopping for Canon lens. Saja servey-servey rege macro lens. Tapi macam biasa la. Aku suka servey je dulu. Sok bila aku sudah cukup kumpul fund aku… haaaaaaaaaaaa jangan terkejut tiba-tiba aku sambar satu!

No comments:

Post a Comment