Wednesday, November 17, 2010

Sambutan Aidiladha...

This is our first time sambut pagi-pagi raya dekat rumah. Bangun-bangun je dah pg raya. Dengan mengantuk-ngantuk lagi liat-liat bangun sebab semalam tido lambat kitorang terus la pegi mandi. Kat luar tu dah kedengaran takbir berkumandang. Tak tau macam mana nk gambarkan perasaan tu sebab pagi-pagi raya hanya kitorg berdua je.

Dengan kelam kabut sebab bangun agak lewat aku pun siapkan apa-apa sarapan yang ada. Kemas-kemas barang yang mana patut lepas tu kitorg pun mula bergerak ke Klang.

Sampai-sampai, sebenarnya agak lewat la jugak sebab orang semua dah siap dah. Lembu yang di tambat pun dah tumbang sekor dah aku buat bodoh je ke dapor mintak 2 bungkus nasik lemak yang dah di pack. Perot aku still lapo lg ni hahahaha.

Today sebenarnya ada program kat Taman mak aku ni. Dengar citer lembu 5 ekor tumbang, malam pulak ada majlis Khatan beramai-ramai. Tapi sebab aku datang lambat jd aku di tugaskan kemas segala periuk-periuk dapor yang dorang masak semalam. Mak, Abah, Abg, Afil n Hubby dah pegi tengok lembu. Tapi Hubby aku cuma gantikan tempat aku pegi amik gambo je. So aku ngan Anis bekemas dapo.

Mula asal plan ingat dlm tengah hari nak pegi spital tengok Wan. Ucu semalam dah berapa kali sound-sound sebab tak pegi tengok Wan. Tapi aku diamkan aje la. Pastu aku call baby, baby kata dia dah on da way nak pegi spital. Aiseh memang tak de geng la nak pegi. Aku tengok hubby dah tersengguk-senguk depan TV. Aku pun suruh je la dia have nap kejap. Bila dia dah terlelap aku pun apa lagi, join the club jugak la hehehe. Entah kenapa aku sekarang ni rasa macam letih je. Sedar-sedar mak aku dah balik dari melapah lembu. Lepas tu mak aku bising-bising keje aku buat pelamin budak khatan dah siap ke belom. huhuhuhuhu... Sampai je kat rumah Tok, pelamin ucu dah siap kan separuh. Tinggal skit-skit je lagi. Aku datang lepak-lepak je la wakakaka opsss aku tolong buat bunga rampai laa...

Malam tu baru la officially kerja aku bermula. Keje aku skit je, amik gambo budak-budak khatan ni je hehehe. Sekali aku keluar je tengok dah ada 2 orang photographer dah menanti. well... aku pun tak tau aa apa keje lagi aku nk buat. Tp lucky me, Faiz, Baby suma datang bawak kamera masing-masing. So aku tak rasa janggal sangat la amik gambo dengan kamera kecik aku. Budak-budak dah ready, mak budak pun dah ready, tiba-tiba cik Mat datang buat announcement baru plak. Dia nak budak-budak ni yg dah ada 7-8 orang ni di julang oleh bapak masing-masing. Dah la nak mengurus budak-budak ramai satu hal, ngan nk carik bapak masing-masing pulak satu hal. Kecoh la jugak time tu. Anak masing-masing boleh la tahan sihat nyer. Orang lain punye famili nampak cool je tapi bila time famili kitorang memang kecoh yang amat.

Time ni la aktiviti sakat menyakat pun bermula. Mula-mula dorang gelakkan Cik-Wan sebab nak kene julang amin yang sihat sangat-sangat. Cik-Wan pun dah amik posisi, mengalahkan budak nk bersunat jugak aaa dorang perli-perli cik-Wan. Apa lagi amik aura aaa nak julang budak wakakaka. Lepas tu dorang gelakkan Abg Rizal, sebab saiz abg Rizal sederhana je. Tapi mujur la Aiman tk beso mana. Dah susun-susun suma budak dengan bapak, ada dua orang lagi tk de bapak. Sorang tu entah mana la bapak dia, yang sorang lagi tu memang dah tak ada bapa. Huh! time ni la dorang cakap kesian kat budak tu. Memang budak tu dah muka sedih dah. Kalau nak mintak tolong julang boleh je sapa-sapa tolong angkat kan. tapi sekali dorang tengok saiz... aduhmakaiii... lengan dia aje dah nk sama betis aku hehehe... apa lagi kecoh la time tu dorang mencari bapak-angkat untuk mengangkat dia. Mula dorang panggil abg aku, abg aku dah surrender. panggil abg Iwan, sekali abg Iwan pun serrender jugak. last-last dorang panggil Hubby aku. Sebab dalam ramai-ramai Hubby aku pun agak beso la jugak badan. Pakcik-pakcik lain yang badan beso suma dah entah kemana.

Mula Hubby aku macam layan tak layan je. Maybe sebab dia pikir ramai lagi boleh angkat kot, last-last aku terpaksa convincekan dia yang budak tu dah tak de bapa, so kesian la kat dia. lepas aku dah panggil 2-3 kali Hubby pun agree nk angkat. well apa lagi kene sakat la dia. Demi nak pujuk Hubby aku tu dorang pun bagi kata-kata semangat nanti berkat angkat budak tu by next time kitorang dapat anak cepat wakakakaka. Aku senyum je la. sekali tengok Hubby duduk sebelah Cik-Wan, ala lebih kurang sama saiz je. tapi banding budak yang nk di julang tu, beso lagi amin. So doa-doa banyak-banyak Hubby bleh angkat budak tu dengan selamat. Suma "bapak-bapak" dah ready, perarakan pun bermula. Nasib baik la dekat je hehehe...
Bapak-bapak dah standby...
Top-Left; Hubby, Cik-Wan, Abg Rizal....
Front-Left; The-kid, Amin, Aiman...
Angkat jangan tak angkat
Keratan Akhbar Sinar Edisi Selangor 20 November 2010
Lepas tu aktiviti bersanding and tepung tawar budak-budak ni. Sebab dah duduk ramai-ramai sekali atas pelamin, budak-budak ni jadi seronok plak. Dah la di renjis ngan air wangi (sekarang dh tk de air mawar dah), bunga rampai, pastu di suap pulut kuning dan yang paling best di bagi angpau oleh VVIP (dato'). huhuhu rasa macam nk duduk jugak la dengan budak-budak tu hehe. Selesai semua baru la aku boleh duduk makan. Last but not least... acara bersiram budak-budak tu.. waaaaaa bukan main seronok lagi dorang ni kene jirus dengan air. Dari budak tu 8 orang, tiba-tiba jadi bertambah pulak sebab budak lain pun nk join kene jirus sama huhuhuhuhu. Besa la bila tengok member kene jirus yang kat tepi-tepi pun jeles jugak. Dan aktiviti malam tu pun selesai...

Kitorang pun dah makan, lepak-lepak kat tepi sambil tengok orang lain makan. Seperti biasa la berlonggok-longgok, sambil-sambil tk sudah-sudah kene sakat lagi pasal Hubby julang "anak angkat" tu. Ayat paling jahat; muka budak tu nk sama dengan Hubby aku. cheit! Dorang pun buat perbandingan muka budak tu bersanding sama macam masa Hubby aku bersanding dulu-dulu. Lepas tu dorang pun doa-doa kan kitorang nanti cepat dapat baby, moga-moga dapat baby yang sama beso dengan budak tu wakakaka.. statement yang tak tau la macam mana nk tunjuk kan reaksi wkakaka... Hubby cuma jawab amin... insyaAllah tahun depan, kalau ada rezeki, tapi dalam hati aku; ohh tidak kalau sama saiz dengan budak tu...

No comments:

Post a Comment