Tuesday, November 9, 2010

Tuesday... baru la rasa nak berehat

Terasa macam lama sangat tak update blog. Padahal bukan lama sangat pun. Baru selang berapa hari je. Konon-konon dah terasa rindu hehe. So hari ni aku akan cerita 2 in 1. Sebab semalam aku tk dapat nk update blog so hari ini aku mengambil kesempatan untuk cerita kan kisah aku untuk 2 hari ni.

Seperti biasa Monday is my busiest day. Bangun pagi je celik bijik mata dah tersusun dah jadual aku. Tapi pagi yang aku maksudkan ni bukan la “pagi” yang awal-awal pagi tu. Kalau cerita dari awal-awal pagi, aku cuma bangun, buat sarapan untuk Hubby, gedebak gedebuk dia dah pergi kerje aku sambung tido balik hehe.

Selepas bangun balik untuk kali kedua tu baru aku kira permulaan hari aku.

Bila aku bangun je mula-mula sekali aku kene siapkan sarapan untuk aku dulu. Perut dah berbunyik-bunyik. Malangnya pagi ni tak ada apa nk sarapan. Aku buat je la Milo secawan. Panas-panas cicah ngan sekut gula pun sedap jugak.

Abis sarapan, kutip semua baju-baju asing-asingkan baju ngan suar. Bila aku timbang-timbang suar lg banyak dari baju so hari ni aku akan basuh suar. Aku basuh 2 hari sekali tapi aku selang selikan basuh baju dengan seluar. Ni sebab kitorang punya load tak banyak sangat. Kalau lepas timbang pun still half load aku akan simpan untuk next day. Ni semua demi amalan sihat penjimatan tenaga elektrik. Basuh baju jika full load sahaja. And aku jenis yang tak suka campur basuh baju dengan seluar sebab bg aku baju tk berapa kotor tapi seluar kotor dia lebeh skit. Untuk pastikan baju sentiasa cantik berseri-seri maka aku tak campur kan semua sekali.

Kalau normal Monday, load aku cuma baju-baju sahaja tapi kalau Monday after “away-weekend” aku kene timbangkan sekali dengan tuala yang aku bawa berjalan. That makes my load for the day equals to 2 full loads. Jangan lupa tuala yang adik aku guna masa dia stay kat umah aku minggu lepas.

Lepas dah biar kan ken-ken tu rendam sekejap, aku seperti Monday biasa, with broom on my hand and duster in my poket. Masa untuk pusing satu rumah. Buang-buang semua habuk yang ada kat semua perabot esp TV, DVD and other electrical stuff sebab electrical stuff ni suka tarik habuk. Habis semua dah buang habuk, sapu satu rumah, time to let the washing machine do his job.

Dulu bila hari Senin je aku suka basuh bilik air. Tapi sejak aku ada cyst ni Hubby aku dah tk galakkan kan aku buat keje-keje berat. Bukan nya nak mengada-ngada, tapi mengelakkan aku sakit pinggang lepas buat keje. Sepatutnya rumah tu aku nk vacuum je, tapi memandangkan vacuum aku tersimpan rapid an berat nk bawak keluar so aku guna je la penyapu. Sminggu sekali Hubby aku akan tolong vacuumkan rumah. Itu pun kalau Sabtu atau Ahad kitorang tak sibuk la hehehe.

Ok back to mengemas rumah. Lepas suma dah nak selesai, time ni aku belom boleh mengemop lantai lagi. Sebab ada satu perkara yang aku kene buat sebelum mop lantai = merenjis baju. Aku akan asingkan baju dan seluar untuk di gosok. Aku buat aktiviti menggosok baju seminggu sekali. Kalau minggu lepas aku gosok seluar minggu ni aku akan gosok baju plak. Ni pun salah satu langkah penjimatan elektrik jugak hehehe. So minggu ni aku kene gosok baju. Aku akan keluarkan semua baju-baju yang nak di gosok lepas tu longgokkan kat depan TV. Sambil-sambil tengok TV/CD. Ni bagi mengelakkan aku cepat bosan hehehe. Sedar-sedar dah habis.
Bila dah abis merenjis la baru masa yang sesuai untuk mengemop lantai. Sebab masa merenjis tadi guna spray, lantai dan basah n licin sebab spray tadi. So kena la mop lantai semua sekali.

Ok sampai time ni, masak nasik. Dan biarkan semua dulu n pegi mandi semayang semua. Bila dah siap. Makan! Baju dalam mesin dah siap, sidai n ready for second load.

Sampai part ni, aku pasang DVD Desperate Housewives Season 6, kipas dah on, iron board dah standby, air untuk seterika dah ready, lapik kaki dah ready… masa untuk menggosok baju! Huh! Hari ni macam banyak pulak aku menggosok… sedar-sedar “ding-dong” loceng pintu berbunyik. HUBBY DAH BALIK!!! Aku tengok dalam bakul ada ½ lagu baju tk sempat nk gosok. Bungkus masuk plastic, simpan dulu dalam fridge.

Malam tu kitorang ada janji nak pegi Selayang Mall beli barang skit. Hehe macam cerita tak habis kan?

So masuk la hari Selasa which was today. Selalunya aku akan habiskan menggosok 1 hari je cuma maybe aku sambil buat keje sambil melayan June (Y.M) so aku pun tk sempat nk siapkan semuanya satu hari. So aku sambung lagi hari ni. Cuma hari ni aku concentrate iron je sebab aku dah tak de apa-apa lagi nak buat.

Awal-awal pg lagi Ana dah call. Dia kata nak datang. Baru je setengah jam call, dia dah “dingdong” rumah aku. Cepat gila minah ni. Aku baru je nak sarapan. Kali ni dia datang tk de la nk lepak lama-lama. Cuma dia singgah kejap je lepas pegi café kat bawah. Nak deal pasal roti. Pastu dia pun citer la café bawah tu nk orang supply kan kek. KEK??? Macam menarik je? Aku kan suka buat kek. So Ana pun saja bakar semangat aku untuk supply kek plak. Aduh minah ni!!!

Bila dia dah balik baru aku boleh sambung iron baju yang tergendala semalam. Sambil-sambil tu aku dok berangan-angan pasal nk buat kek. Hmm buat cup cake pun mcm menarik kan. Hehehe. Sedar-sedar aku dah abis menggosok baju. Hari pun dah petang. Aku pegi mandi sebelum Hubby aku balik rumah. Baru je masuk bilik air loceng rumah berbunyik lagi. Hubby dah balik!!!!!!! AAArggghhhh!!!!!!
Banyak tak sekali aku menggosok? ni baru baju Hubby aku je
Nak close up? Quality Control side wajib tajam punyer...

1 comment:

  1. hohohoo...nama aku pon ada wakakakka...wahh banyak giler baju ko sekali iron ek stokutk 2 minggu tuh heheheh..

    ReplyDelete