Sunday, December 26, 2010

IUI the procedure...

Menses : Day 13 cycle
Mood : Suspend

Seperti yang dijanjikan, kitorg sampai ke Damai Service Hospital dalam pukul 8.10 pagi. Selepas buat segala urusan registration, kitorg kene bayar deposite dulu kat dorg sebanyak RM 1,000. Rata-rata dalam internet harga antara RM 600- RM 800. Tapi Dekat sini agak mahal skit la. Lab yang akan di gunakan adalah Lab IVF - Concept Fertility Center.

Pagi ni doktor ada satu lagi patient kat dlm. Dia tengah nk buat IVF untuk patient tu so kitorang di minta tunggu sebentar sementara Hubby di minta untuk pg ke bilik yang di sediakan hehehe.

Rasa cramp malam semalam dah berkurangan dah. Cuma ada rasa sengal-sengal dekat pinggang. Bloating dah berkurangan cuma ada terasa tekanan dekat bawah perut macam angin tak lepas. Mungkin kesan dari bloating semalam kot. Breast dah mula terasa perit-perit.

Lepas doktor dah selesai buat IVF untuk patient sebelum ni dia pun datang bersembang dengan kitorg kejap. Dia kata sakit2 perut tu memang normal sebab telur tu dah mula nak keluar. And dia pesan bahawa dia tk bleh nak janjikan 100% berjaya sebab peluang telur tu bercantum dan melekat tu adalah atas kehendak Allah. Dia cuma bleh bantu halakan sahaja.

Tapi dia juga ade cerita tujuan dia pilih tempat ni untuk buat IUI dengan IVF adalah sebab makmal yang complete dan bagus serta sejarah hospital ni yang banyak kali berjaya untuk IUI dan IVF. Kalau kita tengok dekat board tu banyak gambar baby yang dah berjaya. Ada yang dapat sorang, twins ade jugak dapat triplet. Tapi kebanyakkan nyer cina. melayu ade jugak la sorg dua cm tu jugak india. Akupun berharap dapat la kali ni...

So lepas bilik dah di sediakan, nurse panggil aku untuk tukar baju. Lepas dah tukar baju aku diminta baring di atas katil yang macam pelik skit hehe. katil tu ada lubang di bahagian punggung dan bahagian kaki tu bleh di laras ke sisi. Di bahagian sebelah katil tu ada seperti tompang untuk sangkut kaki. Sebelah kiri aku monitor dan hadapan aku lampu hospital. Jantung aku tak bleh nk cerita la berdegup-degup. Jadi untuk menenangkan aku, aku baca Al-Fatihah dan berzikir banyak-banyak.

Doktor masuk dan menyediakan diri untuk bekerja. Aku tak boleh nampak apa-apa sebab kaki aku diminta untuk di tinggikan lutut dan nurse tutup dengan kain. So aku cuma bleh rasa suasana je. Seperti biasa Doktor suruh tarik nafas dalam-dalam dan hembus banyak kali sampai satu alat bernama Spekulum berjaya masuk ke dalam vagina. Huh minta maaf la kalau ada perkataan yang agak offensive dalam blog aku ni.
Ropaan Speculum

Proses tu agak tidak selesa dan ada skit rasa perit. Mungkin di sebabkan aku tidak melembutkan kaki aku betul-betul. Mungkin juga sebab aku tak selesa dengan keadaan aku sekarang ni. Aku dah menggigil kesejukan. Mungkin sebab tu jugak aku macam tk boleh nak selesakan kaki. Bila nurse dah selimutkan aku baru la aku rasa selesa sedikit. Dan akhirnya aku rasa doktor dah berjaya memasukkan spekulum dan bukaan telah terbuka. Aku jeling-jeling kat nurse aku nmpak dia sedang hulurkan sejenis picagari yang dipanggil keteter.

Keteter ni macam picagari biasa tetapi hujungnya seperti di sambungkan tiub yang kecil tetapi panjang. Di dalam keteter ni berisi Sperm yang telah dicuci dan di tapis agar sperm yang di ambil jenis yang aktif. Keteter ini akan di masukkan kedalam rahim melalui seviks. Di sebab kan keteter ni halus dan lembut, tak terasa sangat masa doktor masukkan. Cuma masa mula-mula tu terasa sedikit cramp dan pinch je.
Jenis-jenis keteter

Waktu ni nurse dah pasang monitor dan alat ultrasound di letakkan dia atas perut. Nurse tu suruh aku tengok dalam monitor sambil bgtau yang doktor dah berjaya masukkan keteter tu. Lepas tu nampak sedikit demi sedikit rahim di penuhkan dengan sperm tu tadi. Ada jugak la nampak skit-skit yang dah mula berenang-renang. huhuhuhu terasa macam excited plak. Lepas tu keteter di keluarkan pun aku tk berapa sedar. Dan proses nak keluarkan spekulum tu serupa macam masa nk masukkan tadi agak seksa la jugak. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas, tarik lagi dalam-dalam dan lepas berulang-kali sehingga doktor dah berjaya keluarkan spekulum tu. lepas tu doktor minta aku baring mengereng ke kanan sebab aritu tengok telor besar di sebelah kanan.

Proses tu tk lama sangat la. Mungkin aku masuk td dalam pukul 9.30-9.45 pagi aku pun tk perasan. Bila dah selesai semua waktu tu jam dah pukul 10. Nurse suruh aku baring kat situ sampai 10.15. Dalam sejuk-sejuk tu aku men SMS je la dengan hubby. Hubby tk boleh masuk cuma boleh menunggu kat ruang depan tu je. Sedeh nyer Hubby tk boleh masuk, padahal aku dah rancang nak suruh Hubby rakam perbualan doktor. Maklumla aku tgh sakit mana aku nk dengar doktor cakap apa hehe. Doktor dan nurse dah keluar tinggal la aku dekat situ sorg-sorg. tiba-tiba terasa macam ada cecair keluar melalui vagina. aiseh! takkan dia bleh keluar jugak kot! aku dah cuak, jadi aku stay static macam tu sampai la 10.15. Nurse suruh aku bangun dan balik ke bilik untuk bersalin baju. Dekat baju hospital tu bleh nampak ade beberapa titik-titik cecair yang keluar. Aku suruh Hubby SMS doktor tanya benda tu bleh keluar ke tk tapi tk de reply. So aku sambung baring kejap dan lepas tu nurse datang bagi tau aku dah boleh balik. Aku pakai baju dan jalan slow-slow... risau jugak klu benda tu keluar balik. Sampai je kat pintu, aku tnya dengan nurse tu

aku : "kalau dah masukkan tu dia akan keluar baik tak"
nurse : "masa mula-mula tu akan rasa dia keluar tapi sedikit je la. Tapi you dah tengok td dah masukkan dalam. Jangan risau sebab yang keluar tu sikit je. Dah masuk kat dalam dah"
aku : ooo ok.. tq
nurse : ok good luck

aku sikit lega tapi masih risau. Rasa nk cepat-cepat balik nk sambung baring je. Tapi dalam hati dah rasa lega sebab dah settle. Balik rumah makan dan tido sepanjang tengah hari. Bangun je rasa tak selesa pun dah hilang. Tiba-tiba dalam diam ada satu perasaan tenang dan ceria. Tak boleh nk disorokkan lagi sampai Hubby pun tanya kenapa sangat gembira ni... Entah la tk bole nk cerita. Apa pun kene stay positif sehingga 11 Januari.

Ya Allah, Alhamdullillah Engkau telah mudahkkan proses tu, aku berharap Engkau mudahkanlah proses yang seterusnya sehingga berjaya. Kurniakanlah aku zuriat yang soleh dan solehah...Amin

Untuk lagi paham cerita aku, marilah sama-sama menonton video ini

1 comment:

  1. ooooo....mcm tuh kaaa...? semoga ada rezeki....nnti dah ada result update kay.....goodl uck n insyaallah..ALlah maha Kaya dan Agung..amin

    ReplyDelete