Friday, December 3, 2010

Web research

Today there's nothing much stuff to do around the house. I've done with the laundry yesterday, done with ironing yesterday. Only some cleaning here and there which doesn’t takes long.

I’ve been out of bed since 7 this morning. Lately my sleeping problem came to visit – again!. Sleeping seems very stressing to me. At night even when I’m feeling very sleepy, the minute I lay down my eyes won’t shut. Even when I’m in the middle of slumber I will awake in the sudden without any disturbance.

While I'm keeping myself busy in front of my computer, I've encounter some of this information in the web :

TMC bantu rawatan kesuburan

- copy from berita harian

Oleh Rosli Abdul Jalil

KUANTAN:
Pembukaan cawangan baru TMC Fertility Centre (TMC) diharap dapat memberi peluang kepada ramai pasangan, terutama di negeri Pantai Timur mendapatkan rawatan kesuburan.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah TMC menyediakan perkhidmatan yang tidak dapat disediakan oleh hospital kerajaan kepada pasangan yang ingin mendapat cahaya mata.

"Hospital kerajaan hanya menyediakan perkhidmatan kaunseling tetapi di TMC, mereka berpeluang mendapatkan rawatan kesuburan dalam usaha mendapat cahaya mata.

"Kini mereka tidak perlu lagi mengeluarkan perbelanjaan yang besar dan dapat menjimatkan masa dengan adanya pusat kesuburan TMC di Kuantan," titahnya ketika menyempurnakan perasmian TMC Fertility Centre di sini, semalam.

Turut hadir Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wan Razali Wan Mahussin dan Pengarah Urusan TMC, Dr Colin Lee.

Tengku Mahkota bertitah, baginda memahami perasaan pasangan yang menghadapi masalah mendapatkan cahaya mata kerana baginda sendiri pernah mengalaminya selama 10 tahun.

"Kami mencuba pelbagai cara dan mendapatkan rawatan pakar hampir di seluruh pelosok dunia dan berkat kesabaran, kami akhirnya berjaya.

"Dengan ada anak-anak, kita dapat merasai kebahagiaan selain mereka menjadi penyambung zuriat dan keturunan," titahnya.

Baginda merakamkan penghargaan kepada TMC kerana berjaya mengekalkan kadar fertiliti yang memuaskan sejak beberapa tahun lalu.

Titahnya, untuk memperoleh 53 peratus kadar kehamilan bagi setiap pemindahan embrio dan kadar kelahiran pada 46.1 peratus adalah suatu pencapaian yang membanggakan.

"Saya juga difahamkan, TMC menyediakan pelbagai perkhidmatan rawatan kesuburan termasuk diagnosis genetik (PGD) yang mampu mengesan talasemia, sejenis simptom yang biasa pada kanak-kanak Asia.

"TMC juga sentiasa memberi penekanan kepada penyelidikan dan inisiatif pembangunan bagi menghasilkan kaedah rawatan kesuburan yang termaju bagi meningkatkan lagi kadar kehamilan," titahnya.

Terdahulu, Dr Colin Lee dalam ucapannya berkata, sehingga kini seramai 29 bayi sudah dilahirkan di seluruh negara melalui penajaan TAFF.

"Seramai 18 daripada pasangan terbabit menjalani rawatan di TMC Fertility Centre, iaitu bermakna pusat itu menyumbang kepada 62 peratus kadar kelahiran.

"Pada hari ini, TAFF membantu 22 kelahiran kepada 29 bayi termasuk dua pasangan kembar tiga dan tiga pasangan kembar dua," katanya.

Beliau berkata, TMC yang memulakan operasi pada 1994 berhasrat memperluaskan perkhidmatannya kepada rakyat di negara ini.

"Bermula dengan cawangan pertama di Johor Bahru, TMC mengembangkan perkhidmatannya di Sibu, Sarawak, diikuti Kepong, Kuala Lumpur. Kini, pusat yang sama dibuka di Kuantan sebagai menyahut cadangan Tengku Puan Pahang," katanya.

Sebelum ini, katanya pasangan yang ditaja TAFF terpaksa mendapatkan rawatan di 16 pusat kesuburan tetapi tiada satu pun pusat itu menyediakan perkhidmatan di Pantai Timur.

"Mereka terpaksa melakukan perjalanan yang jauh dan meletihkan termasuk rawatan susulan," katanya.

Dr Colin Lee memberi jaminan kepada Tengku Puan Pahang, pusat itu akan terus menyokong hasrat dan wawasan TAFF melalui TMC Fertility Centre.

Katanya , pembukaan rasmi pusat itu bukan saja suatu kemajuan untuk TMC tetapi juga kepada masyarakat di Pantai Timur kerana mereka kini boleh mendapatkan rawatan kesuburan berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

No harm sharing right??

No comments:

Post a Comment